Isnin, 4 April 2011

Lawatan Sambil Belajar ke Hospital USM (Bahagian 1)

Assalamualaikum.

Sudah lama saya tidak menulis entri. Pada bahagian ini, saya menceritakan pengalaman saya di Terengganu.

Untuk pengetahuan semua, program lawatan ke Kelantan merupakan program lawatan akademik untuk subjek SPN 2052: Pengurusan dan Keselamatan Makmal yang diarahkan oleh saudara Supian atas nasihat Tn. Hj Meor Kamaruddin, Program ini diadakan ada 1-3 April.

Rombongan kami bertolak dari Johor pada pukul 11.30 malam. Perjalanan kami dimulakan di Kolej Tun Razak (KTR). Perjalanan kami dari UTM Johor Bahru ke Kuala Terengganu memakan masa selama 8 jam.

Di Kuala Terengganu, kami berjalan ke Masjid Terapung atau dikenali sebagai Masjid Tengku Ampuan Tengah, Kuala Ibai. Di Kuala Ibai kami sempat memperkemaskan diri. Kami juga dapat makan bersama-sama di warong berdekatan dengan Masjid Terapung. Kami juga sempat bergambar di kawasan Masjid Terapung.



Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Pasar Besar Payang di pusat bandar Kuala Terengganu. Di situ, kami bersama dengan rakan satu kelas berjalan-jalan di Pasar Payang, Disebabkan saya hanya seorang lelaki tahun 2, saya terpaksa menjadi sebahagian daripada mereka. Di sana, kami cuba bercakap loghat Terengganu untuk mendapatkan harga murah. Kadang-kadang saya tercakap dalam loghat Kelantan. Di Pasar Payang, saya hanya dapat membeli keropok ikan tambang dengan cenderamata seperti penanda buku yang bertulis Terengganu.


Di dalam bas


Di luar bas berbentuk rumah berdekatan dengan Dataran Syahbandar

Di sebelah tengah hari, kami hanya sempat berjalan ke Taman Tamadun Islam (TTI) yang terletak di Pulau Wan Man. Di sana, kami sempat melakukan solat zuhur dengan asar dengan melakukan jamak dan qasar dalam Masjid Kristal sesudah 3 tahun (2008) tidak melawat Masjid Kristal. Di TTI, kami bergambar ke sana-sini sebagai kenangan. Saya dapat mengimbas kembali lawatan saya ke TTI pada 3 tahun lepas. Sebelum ini, TTI masih baru dibuka dan pokok-pokok masih kecil lagi menyebabkan kami berasa panas. Sekarang, pokok sudah membesar tetapi tidak membesar sepenuh.


Di depan Masjid Kristal

Bergambar dengan pokok macam i-City

Bergambar dengan Masjid Kristal dari jarak jauh

Malangnya, saya tidak dapat melihat replika masjid-masjid terkenal di seluruh dunia kerana saya tidak mencukupi wang untuk melihat semua replika masjid. Lawatan saya sebelum ini hanya percuma kerana ia baru dibuka dan kesemua replika belum siap dibina. Walau bagaimanapun saya dapat melihat replika Masjid al-Aqsa yang akan menyebabkan semangat untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Israel membuak-buak.

Untuk melihat apa yang saya lakukan di dalam entri blog lama saya bertajuk “Vacation in Terengganu”, Kebetulan, lawatan kami ke TTI sama waktu dengan 3 tahun lepas.
**Sila abaikan spam dalam bahasa Jepun dalam komen

Kami meneruskan perjalanan ke Kelantan pada pukul 3.30 petang. Dalam perjalanan kami, pemandu bas diganti dengan pemandu bas yang muda yang kurang sedikit selok-belok jalan ke Kelantan kerana kami melalui jalan sebelah pantai. Saya terpaksa menjadi co-pilot untuk pemandu bas menyebabkan saya korbankan masa tidur saya.

Akhirnya saya dapat mengambil kesempatan pulang ke rumah saya bertemu dengan keluarga saya. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat meluangkan banyak masa dengan keluarga saya kerana saya terlalu penat.

Setakat itu sahaja. Saya akan menceritakan pengalaman di Hospital USM pula pada entri bahagian 2.