Isnin, 28 Jun 2010

Apabila Mahasiswa Mendapar Tempat Penginapan

Tanggal 27 Jun 2010 (Ahad), mahasiswa UTM dapat mengetahui kedudukan bilik di laman pengurusan pelajar iaitu Aimsweb. Sebelum ini, hanya kami dapat tahu jenis bilik sama ada bilik berseorangan atau bilik dua orang serta kami juga dapat tahu jenis blok sama ada blok lama, baru ataupun blok KWSP.

Bilik yang saya dapat ialah bilik 115 di blok L21 di Kolej Tun Hussein Onn (KTHO). Dengan kata mudah, alamat bilik saya ialah L21-115 KTHO. Akan tetapi, apa yang saya tidak puas hati dengan blok ini ialah jarak antara blok L21 dengan Fakulti Pendidikan. Jika diikutkan dari bilik saya ke Fakulti Pendidikan (bilik kuliah aras 1 blok C13), jarak mutlak kira-kira dalam 1.3 km (jarak diukur melalui Google Earth) ataupun jarak relatif ialah 15 minit. Betapa jauhnya blok saya ke fakulti.

Di KTHO juga, perkhidmatan bas sangat tidak memuaskan kerana sebelum sampai KTHO, bas akan melalui KTR dahulu. Jika bas penuh, pelajar KTHO tidak diambil dan kami akan menunggu bas seterusnya. Saya tidak menyalahkan bas semata-mata tetapi saya juga menyalahkan sikap kami sendiri yang tidak suka tunggu bas terlalu awal.

Walau bagaimanapun, saya sudah mempunyai kenderaan sendiri ke Fakulti. Hal ini memudahkan saya ke mana-mana tanpa membazirkan masa tapi wang tetap dibazirkan. Hahaha. Saya bersyukur kerana ramai pelajar mahasiswa Fakulti Pendidikan (FP) ditempatkan di blok L21. Kami dapat berbincang masalah mengenai tugasan dan mata pelajaran.

Pada semester lepas, saya ditempatkan di bilik L29-311 bersama Buqori. Pada mulanya, saya berasa tidak puas hati kerana ditempatkan di aras 3. Selain itu, saya juga tidak berpuas hati kerana saya dengan mahasiswa FP ditempatkan di bilik yang jauh antara satu sama yang lain. Saya terpaksa bercampur dengan pelajar kejuruteraan. Di sebalik kesusahan, saya dapat menginap di bilik di mana saluran TV sangat jelas dan kelajuan internet sama ada wifi dan broadband sangat laju.

Pemandangan dari bilik L29-311

Di UTM, mahasiswa yang mengambil ijazah pertama diwajibkan menginap di kolej. Jika pelajar tidak mengisi borang online untuk memohon asrama, pelajar akan dicampakkan di kolej yang jauh dengan fakulti tetapi kolej jauh tetap berada dalam kawasan UTM. Peraturan ini diwujudkan untuk menjaga mahasiswa daripada dirosakkan dengan gejala-gejala sosial di luar. Di universiti lain, hanya pelajar tahun pertama diwajibkan menginap di asrama tetapi seterusnya campak ke luar. Mahasiswa terpaksa menyewa rumah di luar. Mungkin universiti lain ingin menggalakkan pelajar berdikari dengan menghadapi suasana di luar yang serba mencabar.

Setakat itu sahaja.

Selasa, 22 Jun 2010

Saya dan OS

Teringat kata-kata kawan saya "beruntungnya kanak-kanak kecil, kecil-kecil dah pandai dah guna komputer". Tetapi, saya nak mematahkan hujah. Kalau kanak-kanak kecil dah pandai guna komputer, saya pula dapat merasai pelbagai jenis komputer dan OS (sistem operasi).

Berbalik kepada OS, komputer saya pernah guna semasa kecil ialah komputer yang tidak diketahui OSnya. Mungkin MS-DOS sahaja ataupun Windows 3.0.


Saya nak ceritakan pengalaman menggunakan komputer pada awal usia saya. Abang saya membeli komputer semasa berumur 6 tahun (1996). Ketika itu, kami menggunakan Windows 95. Agak canggih ketika itu dan ketika itulah, saya baru mengenali tetikus (mouse).

Camnilah boot screen Windows 95




Inilah antara muka (interface) Windows 95

Permainan
Antara permainan PC yang pernah saya main menggunakan Windows 95 ialah LodeRunner. Ketika itu, grafik cukup mantap ketika itu. Selain itu, permainan saya pernah guna ialah Solitaire (sebuah permainan menggunakan daun terup). Kali pertama saya dapat bermain Solitaire semasa saya berumur 6 tahun. Semasa kali pertama bermain, saya sudah tahu cara bermain selepas abang menunjukkan. Saya bermain sampai tertidur lewat kerana tidak dapat menghabiskan permainan. Akibatnya, abang saya suruh shut down komputer.

PowerPoint
Disebabkan saya mempunyai sikap ingin mencuba, saya berjaya menggunakan Microsoft PowerPoint tanpa tunjuk ajar sesiapapun. Ketika itu, mungkin saya berumur 7 tahun, sudah pandai menggunakan PowerPoint. Ada ketika, sampai kakak saya minta saya tolong ajarkan menggunakan PowerPoint kerana hasil kerja saya yang saya lakukan amat menarik. Ketika itu, tidak banyak kosa kata bahasa Inggeris yang saya kuasai. Saya hanya bermain tekan-tekan sahaja. Alhamdulillah, komputer abang saya tidak dapat dijahanamkan!!!

Paint
Aplikasi yang saya main cuba-cuba ketika itu ialah Paint. Disebabkan tabiat saya suka melukis, akhirnya saya dapat melukis menggunakan Paint.

Setakat itu sahaja entri saya pada kali ini. Saya akan bersambung kepada Windows 98 pula.