Khamis, 10 Disember 2009

TV Card

Assalamualaikum

sebelum ini saya menceritakan tentang barangan di dunia semata-mata iaitu modem broadband. Kali ini saya memperkenalkan TV card.

Kalau di Malaysia, tidak lengkap kalau rumah tiada televisyen. Di Malaysia, pada masa kini, mencari rumah yang ada melebihi 1 televisyen mudah dicari jika dibandingkan mencari rumah yang tiada televisyen.

Televisyen harganya amat mahal dan berat. Kalau televisyen LCD mungkin agak mahal dan TV jenis CRO agak berat diangkat. Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang ditambah dengan adanya laptop, saya membeli sebatang TV Card. Dengan ada benda ini, saya dapat menonton televisyen dalam bilik saya sahaja.

Harga TV Card yang menggunakan USB ialah RM 185 di PCDepot, Kota Bharu. Jika ada harga murah lagi, sila pos komen anda.

Untuk makluman anda, saya membeli kworld USB Analog TV Stick II (UB390-A). Untuk maklumat lanjut sila klik disini.

Oleh itu, diharap saya akan menggunakan TV Card sebaik-baiknya dengan menonton Halaqah, Al-Kuliyyah, berita, Bicara Siswa, drama Korea dan program-program berfaedah.

TV card saya

Tonton Wonderpet dalam laptop

Sabtu, 21 November 2009

Dua Kisah Motivasi

KISAH ORANG JEPUN DAN IKAN JERUNG

Masyarakat Jepun begitu menggemari ikan yang segar. Akan tetapi, bekalan ikan di lautan Jepun adalah terhad. Maka, para nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan laut dalam yang lebih jauh daripada daratan.Maka, semakin jauh ke laut dalam, semakin lama masa yang diambil untuk membawa balik ikan ke daratan. Syarikat perikanan ini mendapat satu jalan penyelesaian dengan menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Akan tetapi, masalah tetap muncul yang mana ikan menjadi tidak segar selepas beberapa hari di lautan.Orang jepun tidak menggemari ikan yang tidak segar!Maka, harga ikan sejuk beku ini dijual dengan harga yang lebih murah kerana permintaan yang rendah.

Syarikat ini tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian dan akhirnya telah mengemukan idea dengan menyediakan tangki ikan! Teorinya begini, ikan hidup yang ditangkap akan terus dimasukkan ke dalam tangki ikan hidup-hidup! Maka, ikan tersebut di bawa balik ke daratan dalam keadaan hidup-hidup. Akan tetapi, masalah tetap timbul kerana walaupun ikan tersebut masih hidup, tetapi masyarakat jepun tidak dapat merasai kemanisan ikan yang segar. Hal ini adalah kerana ikan tersebut menjadi pasif yang menyebabkan daging ikan tidak segar.Maka, syrikat perikanan ini terus bertungkus lumus memerah idea bagi menyelesaikan masalah ini.

Akhirnya timbul satu idea yang cukup bernas bagi mengatasi masalah yang timbul. Syarikat ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyimpan ikan di dalam tangki air yang ditambah dengan ikan jerung kecil di dalamnya! Walaupun terdapat ikan yang menjadi mangsa kepada ikan jerung ini, akan tetapi kebanyakan ikan masih lagi hidup apabila sampai ke daratan.Ikan yang dibawa balik mendapat permintaan yang tinggi kerana ikan ini masih segar dan isinya manis. Hal ini adalah kerana, ikan-ikan ini terpaksa berenang dengan aktif untuk mengelakkan diri daripada di makan oleh jerung tadi.

Ironinya cerita ini dengan kehidupan kita seharian adalah kita menganggap cabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif.Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita ” seekor ikan jerung kecil” dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam.

'Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.' (Al-Ankabut:3)




KISAH PETANI DENGAN BIJI BUAH OREN

Terdapat seorang petani yang tinggal di kawasan kampung yang mengusahakan ladang buah oren.Petani ini terkenal dengan kejayaannya menghasilkan buah oren yang bermutu tinggi dan manis. Pada suatu hari, seorang jirannya datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Maka, petani itu dengan senang hati memberikan biji buah oren tersebt kepada jirannya itu.

Jiran tersebut sangat gembira, lalu menceritakannya kepada jiran-jiran yang lain. Maka, sikap pemurah hati petani tersebut tersebar ke pelosok kampung.Maka, ramailah jiran-jiran yang lain datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Petani tersebut memberikan biji benih tersebut dengan senang hati. Dalam masa yang sama, anak petani tersebut berasa kehairanan dengan sikap bapanya itu.

Maka, pada suatu hari dia pun bertanya kepada ayahnya ” Ayah tak risau ke kalau ayah bagi biji benih buah oren ini pada semua orang, nanti buah oren kita dah tak unik lagi?” tanya sang anak kepada ayahnya. Ayahnya menjawab, "Memahami sesuatu dalam hidup adalah sangat penting dalam kehidupan.Apa sahaja yang kita buat memberi kesan pada orang lain.Apa yang orang lain buat juga akan memberi kesan kepada kita.” "Saya tak paham la ayah” kata anaknya dengan kehairanan. "Kita kena pastikan buah oren kita sentiasa berkualiti bukan? Angin akan membawa debunga dari buah oren yang matang dan menyebarkannya ke tempat lain. Sifat angin itu sendiri tidak memilih debunga apa yang dibawanya, maka angin akan membawa debunga biji oren kita dan debunga yang lain dan debunga tersebut akan......” sambung ayahnya.



Tiba-tiba anaknya mencelah "Saya dah faham ayah!Kesemua debunga ini akan bersenyawa secara bersilang yang mana, cepat atau lambat akan mempengaruhi buah oren kita kan?” kata anaknya dengan penuh bersemangat. "Jadi, untuk memastikan kualiti buah oren kita tetap terjaga, jiran-jiran kita yang lain juga perlu mempunyai buah oren yang berkualiti juga” kata ayahnya dengan senyuman terukir di bibir.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita berkongsi ” biji benih” kita dengan orang lain? Apa yang terbaik yang kita berikan kepada orang lain insyaAllah, akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik daripada Allah swt.


'Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. ' (Al-Hasyr:9)

Sumber dari Facebook kawan saya.

Rabu, 18 November 2009

Edisi Khas KMPP (4): Outing di Pulau Pinang

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan post yang bertajuk Edisi Khas KMPP (3): Outing di Tanah Besar, saya akan berkongsi pengalaman outing di sebelah Pulau Pinang.

Walaupun saya pernah menjejakkan kaki ke Pulau Pinang semasa saya berusia 4 tahun, namun, saya ingin melawati lagi. Impian melawat Pulau Pinang akhirnya menjadi kenyataan apabila pensyarah Fizik semasa kami di bangku kolej matrikulasi, mengajak pelajar F5P2 termasuk saya untuk membuat rombongan melawat Balai Cerap Syeikh Tahir Jalaluddin di Pantai Acheh.

Balai Cerap Syeikh Tahir Jalaluddin

Semasa di balai cerap, banyak input-input yang kami dapat antaranya cara pengiraan ahli falak untuk menentukan waktu solat dan bulan-bulan Islam. Matematik merupakan asas-asas kepada pengiraan ahli falak. Saya kagum dengan ilumuwan Islam pada zaman silam, iaitu Jamshid Al-Kashi dengan berjaya menghitung sin 1 dengan tepat. Saya lihat, berapa banyak titik perpuluhan. Kagum!

Saya tidak pulang dengan kosong begitu sahaja. Sebaliknya saya membawa pulang beberapa buah buku yang disumbangkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Buku yang saya dapat ialah buku mengenai ketokohan Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada mantan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi). Mereka merupakan perintis kepada ilmu falak moden di Tanah Melayu.

Taman Botani (Botanical Garden)

Disebabkan saya tidak memasuki bandaraya Georgetown semasa lawatan ke balai cerap, saya bertekad untuk melawat Georgetown. Saya mengikut Syamil dan Amin ke Pulau Pinang. Tiba di jeti di Butterworth, kami menaiki feri untuk sampai ke Georgetown. Di Georgetown, banyak bangunan warisan penjajah British, dan nampak cantik dengan seni bina zaman silam. Nasib baik kawan sebilik saya, Hanif, orang Pulau Pinang sejati. Dia yang mengajak kami berjalan-jalan mengelilingi Pulau Pinang.


Saya dan Amin di atas feri


Geng-geng H2P3


Makan nasi kandaq


Kami sempat melawat Taman Botani di Pulau Pinang. Di Taman Botani, kami berpeluang mengambil gambar kami berempat di Taman Botani yang serba indah.


Syamil, Amin dan Saya. Jurukamera: Hanif


Terima kasih kepada Hanif, Syamil dan Amin kerana menjadikan outing kami bermakna. Selepas pulang ke KMPP, kami menceritakan bahawa kami pergi ke Taman Botani. Ada yang dengki dengan saya. Ada juga yang tanya cara nak pergi Taman Botani.

Universiti Sains Malaysia (USM)

Ini merupakan kali ketiga saya keluar outing ke Pulau Pinang. Baru dua minggu melawat Pulau Pinang, telah dijemput untuk menghadiri Seminar di Ambang Universiti. Kami pergi ke USM, dengan menaiki bas dan feri. Seminar ini turut disertai oleh Amin.

Di USM, kami bertemu dengan mahasiswa USM. Mereka menjemput Dr. Izzul untuk memberi ceramah mengenai apa yang akan terjadi di IPT nanti. Oleh itu, kami perlu menjadikan agama sebagai asas dalam kehidupan. Tanpa pegangan agama, kita mudah terjadi kejutan budaya.


Permandangan di Pulau Pinang.


Setakat itu sahaja. Saya sekarang berhasrat untuk ke Singapura untuk melihat keadaan dan budaya di Singapura. Agak sukar untuk menyediakan diri ke Singapura kerana terpaksa melepasi sempadan antarabangsa.

Isnin, 16 November 2009

Cuti! Cuti! Cuti!

Assalamualaikum....

Sekian lama, saya tidak mengupdate blog disebabkan malas. Bukannya alasan sibuk.

Saya mula cuti pada 7hb November setelah Peperiksaan Semester 1 Sesi 2009/2010 tamat. Dimulakan dengan subjek TITAS dan diakhiri dengan Teknologi Pembelajaran dan Pengajaran.

Pada 7hb, saya balik ke Kelantan. Saya pulang ke Kelantan dengan menaiki kereta api Ekspres Timuran dan menempah tempat tidur. Seperti biasa, janji orang Melayu* selalunya tidak menepati masa. Sepatutnya bertolak pada pukul 7 malam, sebaliknya bertolak pada pukul 12 tengah malam. Memang nasibku macam ini, kerana selalu lewat bertolak. Di stesen kereta api Johor Bahru, sambil saya tunggu tren, saya berjalan-jalan ke City Square, sebuah pusat membeli-belah terkenal di Johor dan Singapura. Di stesen, saya sempat berkenalan dengan mahasiswi pendidikan Kemahiran Hidup dan sempat juga sempat berbual dengan pak cik dari Singapura. Sebab kelewatan tren ialah banjir di Pasir Mas.


Bangunan City Square Johor Bahru

Pada mulanya, saya ingin singgah di Kuala Lumpur sebelum memulakan perjalanan ke Kelantan. Tetapi hasrat dibatalkan apabila laptop saya mengalami kerosakan skrin. Kerosakan skrin pada mulanya muncul garisan di bawah seperti ombak laut. Lama-kelamaan, ia semakin menaik seperti laut semakin pasang. Kemudian, ia bergegar dan menyebabkan kepeningan apabila melihat skrin. Akhirnya skrin itu mengeluarkan montaj-montaj yang tak sepatutnya ditayang. Alhamdulillah, skrin berjaya diganti dengan percuma disebabkan oleh waranti. Tanpa waranti, mungkin akan menelan belanja sehingga seribu ringgit.

Seronoknya tengok kawan-kawan saya sedang bersukaria di Johor. Mereka mengajak saya, tetapi saya menolak.

mereka buat arca

celup kaki

Sekian sahaja. Saya akan mengupdate blog pada bila-bila masa jika ada idea.

* Janji orang Cina, India, dan macam-macam bangsa sama sahaja. Cuma janji orang Islam yang beriman selalu menepati masa.

Isnin, 2 November 2009

Kenapa Diciptakan Neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."

Khamis, 29 Oktober 2009

Exam! Exam! Exam!

Assalamualaikum

Sudah sekian lama saya tidak mengepos blog. Hal ini disebabkan oleh saya terlalu sibuk (padahal sibuk layan Facebook). Kutuk-mengutuk sesama bakal guru dalam Facebook itulah kerja kami. Kalau kami jadi cikgu pun, kami sempat berfacebook kalau hendak dibandingkan dengan jurutera. Kalau jurutera terutamanya jurutera pelantar minyak, nak online susah, sebab tiada rangkaian.

Saya hari ini ingin menceritakan pasal Ujian Akhir Semester. Saya mula peperiksaan pada 26 Oktober dengan ujian TITAS (Tamadun Islam dan Tamadun Asia). Soalannya agak susah dan mengelirukan tetapi saya BOLEH JAWAB. Hal ini demikian kerana, soalan setiap tahun sama tetapi hanya ubah sedikit.

Pada 27 Oktober, saya diujikan dengan subjek Kurikulum Sains dan Matematik. Apabila ditanya soalan, saya hanya pandai merapu.

Peperiksaan yang belum lagi dijalankan ialah Kimia Organik, Matematik Perantaraan, Teknologi P&P, dan Falsafah Pendidikan. Kimia Organik lebih dikenali sebagai KO sebab namanya subjek killer. Kalau tidak faham mekanisme, terpaksalah kena hafal.

Satu lagi, subjek Falsafah Pendidikan. Banyak falsafah-falsafah Barat dalam silibus ini. Orang Barat berfalsafah hanyalah merapu dan tin kosong. Terlalu banyak -isme dalam falsafah Barat dan sukar untuk difahami.

Darwin: Seorang kaki merapu dan munculnya falsafah
Darwinisme di mana terdapat evolusi dalam spesis.
Tiada bukti saintifik yang menjelaskan
kewujudan evolusi tersebut. (padahal tiada dalam
silibus Falsafah Pendidikan)


Kami tamat peperiksaan pada 6 November. Selepas itu, balik KL dahulu pada 7 November sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan.

Kepada yang mengambil peperiksaan, saya ucapkan Selamat Maju Jaya. Kalau boleh, janganlah kedekut bagi jawapan tau! Kita kena tolong-menolong....

Sekian...

Isnin, 5 Oktober 2009

PTPTipu

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sudah selesai urusan PTPTN. Urusan penyerahan dokumen PTPTN dilakukan di Dewan Jamuan dalam bangunan pentadbiran. Saya menaiki Mercedez untuk ke Dewan Jamuan dengan berpakaian kemeja. Selepas tiba di Dewan Jamuan pada pukul 8.00pagi, pegawai PTPTN membagi nombor giliran. Saya dikenakan giliran ke 94. Sebelum menyerahkan dokumen, saya sempat membuat pengesahan saksi. Orang yang bersaksi sangat garang disebabkan oleh terlalu ramai yang meminta pengesahan. Saya pun dimarahi jugak dengan orang yang bersaksi kerana melengkapkan dokumen saat-saat akhir. Tetapi saya membuat ibarat menyekat tenaga bunyi untuk sampai ke koklea.

Tiba giliran saya, alhamdulillah, urusan penyerahan berjalan lancar. Pegawai-pegawai PTPTN sangat garang. Ada seorang perempuan sampai hendak menangis kena marah dengan pegawai PTPTN. Ada yang kata sampai pegawai PTPTN bagaikan hendak makan orang apabila nampak gigi pegawai keluar. Ada seorang kawan, 3 kali kena ditolak disebabkan dokumen tidak lengkap dan hal ini menyebabkan, dia terpaksa berjumpa dengan penasihat akademik sebanyak 2 kali dan terpaksa pulang ke bilik untuk mencetak borang lain disebabkan comok.

Saya rasa singa tidak segarang seperti pegawai
PTPTN. Baik ambil singa.

Banyak peristiwa-peristiwa di mana ramai kawan-kawan saya dimarahi oleh pegawai PTPTN. Ada sampai hendak menangis pun ada. Antara sebab-sebab menyebabkan pegawai semakin garang:
  1. Budaya kita memang suka melakukan kerja di saat-saat akhir. Di saat-saat akhir menyebabkan berlaku kekalutan. Saya pun tergolong juga.
  2. Pegawai PTPTN sudah 2 hari bertugas di UTM. Dengan jumlah pelajar yang sangat ramai dan kebanyakan kita membuat karenah. Kalau tidak tegas, macam mana nak lancarkan urusan penyerahan dokumen.
  3. Orang kita memang tidak menjadikan budaya membaca sebagai satu tabiat. Jadi, kita hanya tandatangan sahaja. Hal ini menyebabkan banyak perkara terlepas pandang. Sebagai contoh, saya dan kawan sebilik tidak perasan kena buat 2 salinan. Satu lagi, kita tidak suka membaca panduan mengisi borang.
  4. Prosedur untuk membuat pinjaman PTPTN terlalu menyusahkan. Biasalah, takkan hendak bagi secara semberono. Takkan semua kenal latar belakang kita. Kalau membuat sewa beli sebuah rumah ataupun kereta, prosedur tidaklah terlalu susah sangat. Kalau membuat pinjaman wang di bank kecuali ah long, prosedur terlalu susah sangat dan memerlukan ramai penjamin. Rumah tidak boleh dilarikan manakala duit boleh dilarikan bersama peminjamnya. Kereta pula boleh ditarik.
  5. Ahli keluarga saya menolong saya juga, tetapi mereka mahu saya mengikut cara sistem yang lama kira-kira lebih 5 tahun yang lepas.
  6. TIDAK MEMBACA BISMILLAH SEBELUM MENGISI BORANG (Kantoi)

Untuk mengelakkan kita membuat dosa dengan mengumpat pegawai ataupun mengutuk pegawai PTPTN, kita perlulah:
  1. Baca arahan dengan teliti mengisi borang
  2. Elakkan melakukan kerja "last-minute"
  3. Cetak 2 borang, dan jangan fotostat borang yang sudah ditandatangan
  4. Jangan segan bertanya kawan yang sudah melakukan penyerahan dokumen sebelum hari penyerahan dokumen. Sebagai contoh, saya bertanya kawan saya dan kawan saya sempat memberitahu bahawa tarikh di semua borang mestilah sama.
  5. BACA BISMILLAH DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG
Yang sudah dapat, tidak mengapa, berseronoklah dengan duit anda. Tetapi ingat, bayar balik tau. Kalau tidak, imigresen sekat awak ke luar negara, walaupun ke Singapura.
Itulah serba-sedikit tips-tips menghadapi pegawai PTPTN. Kalau ada sebab ataupun tips-tips yang lain, sila hantarkan komen anda.

P/S: Sebenarnya saya naik bas Mercedez. Bas Mercedez lebih mahal daripada kereta Mercedez mata bulat.

Rabu, 30 September 2009

Broadband vs Berukband

Saya nak menunjukkan sebatang barangan dunia. Mengikut mentaliti masyarakat kita, sesiapa yang memiliki broadband, seseorang itu merupakan orang kaya. Betulkah mentaliti mereka? Tidak mengapalah, saya hendak menceritakan sebatang modem menyebabkan saya sentiasa mendapat Internet.


Modem Broadband

Saya membeli broadband kerana tugasan dalam kursus pendidikan memerlukan akses Internet dan buku sebagai sumber rujukan untuk menyiapkan tugasan. Internet paling mudah digunakan untuk mencari rujukan. Hanya taip kata kunci, dah dapat maklumat. Kalau dibandingkan dengan menggunakan buku, terpaksa mencari di PSZ. Kebanyakan tugasan pendidikan berbentuk folio. Mesti membosankan?

Saya sekarang menggunakan Celcom Broadband. Saya melanggang broadband di Bangunan Kesatuan Pelajar (SUB) ataupun lebih dikenali sebagai Ketumbar. Harga sebatang modem ialah RM250 bermodelkan Vodafone dan bil bulanan bernilai RM68. Tetapi sayang, tiada pakej untuk pelajar. Sepatutnya, semasa saya mula-mula masuk UTM, ada promosi untuk pakej pelajar yang menawarkan bil bulanan sebanyak hanya RM50. Disebabkan ketika itu tidak merasakan keperluan ada broadband, saya melepaskan peluang ini. Kalau nak laju lagi, langganglah RM98 sebulan. Buatlah pilihan tepat!

Biasanya, kalau hendak melayari Internet, pastikan kawasan kita ada rangkaian 3G. Jikalau tiada rangkaian 3G, sekurang-kurangnya ada GPRS untuk mengakses Internet. Walau bagaimanapun, GPRS selalunya terlalu lembab. Modem yang saya pakai ialah modem yang menggunakan teknologi Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi (bahasa Inggeris: High-Speed Downlink Packet Access, HSDPA) yang juga merupakan atas daripada 3G biasa.

Masa yang paling laju untuk mendapat akses Internet ialah waktu subuh. Paling lembab pada waktu selepas Isyak. Masa itu merupakan waktu perdana. Kenapalah mereka suka guna masa ni? Bagilah saya peluang untuk mengakses Internet dengan menonton TV. Cerita yang ditayangkan di kaca TV semestinya seronok.



Berukband

Kalau broadband lembab, lagi tertekan. Saya sepatutunya sambil tunggu tengah loading, baik dengar lagu kumpulan berukband (berukband ada ke?).

Ahad, 27 September 2009

antivirus


Pada petang ini (sebab saya publish post ni pada waktu petang), saya nak tunjukkan antivirus iaitu BitDefender Internet Security 2009. Saya membeli antivirus ini di Arked Meranti semasa promosi pada akhir Julai. Semasa promosi, ramai bersesak-sesak memasuki kedai komputer. Apa yang membuatkan rasa bengang ialah ada perempuan Cina tidak kira lelaki perempuan menolak saya menyebabkan kulit tersentuh. Balik ni kena istighfar banyak-banyak.

Sebelum ini, saya pakai Norton, tetapi disebabkan hampir luput tarikhnya, jadi saya terpaksa membeli BitDefender dengan harga promosi iaitu RM39. Murahkan. Pada mulanya, antivirus ini memang menyakitkan hati sebab hendak mengemaskini, terpaksa mendownload update file dengan 60MB. Wifi kat UTM lembab. Tetapi, alhamdulillah, semasa orang tengah tidur di subuh hari, saya mengambil peluang mendownload update file dengan laju. Tak sampai 2 minit pun berjaya update.

Tapi harus diingatkan bahawa, antivirus ini mustahil mampu melawan H1N1. Sebab BitDefender melawan virus komputer. Untuk menghadapi gelombang kedua H1N1, saya harus mempersiapkan diri dengan sistem imunisasi.

Sekian sahaja.

Diari Hari Raya

Seminggu berhari raya...
Kunjung-mengunjung rumah terbuka...Hoi
Jalinkan Kasih Sesama Kita
Lupakan Saja Sengketa Lama

Baru seminggu berhari raya, tetapi hanya 6 hari sahaja saya.

Sebelum hari raya, saya pergi mengunjungi Kota Bharu Trade Center di mana di situ ada Parkson dan Giant baru dibuka. Kota Bharu sekarang banyak berubah. Jalan-jalan banyak dijadikan jalan sahala menyebabkan saya keliru dengan jalan. KB banyak berubah.

Semasa hari raya, saya tidak keluar berjalan-jalan ke rumah terbuka. Saya hanya terperap dalam bilik saja. Selepas hari raya ketiga, baru saya keluar berjalan ke rumah terbuka. Saya mengikut kakak saya ke Tumpat dan Tanah Merah. Jalan-jalan raya nak ke jajahan lain amat sesak. Lampu isyarat dan bulatan tanpa polis trafik menyebabkan jalan sesak.

Sekarang ni, saya berada di Johor setelah 6 hari duduk di rumah. Perjalanan dari KB ke UTM Skudai memakan masa 14 jam. Lamanya. Kalau naik kapal terbang, sudah tentu sampai di Eropah. Itu sahaja

Saya mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ikhlas daripada Uzailun

Rabu, 26 Ogos 2009

Diari pada bulan Ramadan di UTM

Assalamualaikum...

Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana memanjangkan umur saya untuk meneruskan berpuasa pada bulan Ramadan. Azam saya, saya akan menjadikan Ramadan ini lebih baik daripada sebelumnya. Oleh itu, saya mempertingkatkan ibadat kepada Allah serta merebut ganjaran yang seberapa banyak.

Bulan puasa ini diibaratkan sebagai Mega Sale. Analogi untuk orang yang suka membeli-belah terutamanya kawan-kawan saya yang suka melawat Jusco Taman U . Jikalau Mega Sale kita dapat diskaun, maka puasa pahala tidak akan diskaun tetapi pahala berlipat kali ganda. Jikalau saya menggunakan analogi seperti mahasiswa PALAPES, puasa ini ibarat kem latihan. Jika berjaya melaksanakan tugas di kem PALAPES, kita akan dinaikkan pangkat menjadi Lefternan Muda oleh Yang di-Pertuan Agong. Begitu juga dengan puasa, jika kita berjaya melakukan ibadat dengan bersungguh-sungguh, maka berjayalah kita di sisi Allah. Contohnya mendapat lailatulqadar. Itulah azam kami.

Malam dan Hari Pertama serta Malam Kedua(22-8-09)
  • Terawih berjemaah dengan 8 rakaat. Tidak ada masalah dengan terawih.
  • Mabit (bermalam) di Masjid Sultan Ismail untuk menyertai qiamulail perdana anjuran Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMIUTM) pada malam pertama. Ramai yang menyertai qiamulail ini.
  • Bersahur di Center Point (CP). Disebabkan kami bersahur pada pukul 5.15 pagi, di situ kekurangan nasi. Jadi kami terpaksa makan soto ayam.
  • Pergi ke bazar Ramadan di Student Mall (berhampiran dengan Arked Meranti), kira-kira 600m dari bilik saya. Di situ saya membeli nasi tomato dan buah kurma. Nasi tomato dekat UTM berbeza dengan nasi tomato dekat Pulau Pinang. Dekat Pulau Pinang lagi sedap.
  • Terawih pada malam kedua, kaki saya kejang kerana kuat berjalan di kampus. Walaubagaimanapun, saya tak patah semangat.
  • Pergi mabit di masjid, tidak seramai pada malam pertama.
Hari Kedua dan Malam Ketiga(23-8-09)
  • Melakukan qiamulail dan bersahur di bawah masjid. Banyak makanan sahur tidak dapat dihabiskan kerana tidak ramai yang menyertai sahur.
  • Melawat bazar Ramadan: Membeli nasi ayam dan buah kurma
  • Terawih: tiada masalah
Hari Ketiga dan Malam Keempat (24-8-09)
  • Bangun sahur pada 4.45 dan makan kat arked Cengal
  • Berbuka puasa di bawah masjid. Ramai yang menyertai majlis buka puasa ini. Yang seronoknya ialah makanan percuma. Majlis buka puasa diadakan setiap hari dan tanpa dikenakan bayaran. (padahal ada hamba Allah yang baik hati menginfakkan menyebabkan, Alhamdulillah)
  • Terawih: pakai baju Melayu tengkok Teluk Belanga. Maklumlah, sayakan berada di Johor. Tengkok baju Melayu itu kecil, dan saya pula membutang baju. Akibatnya, semasa rukuk, leher saya tercekik.
Hari Keempat dan Malam Kelima (25-8-09)
  • Bangun sahur pada pukul 4.30 pagi. Selepas sahur, saya tidak terus tidur kerana bimbang otak menjadi lembab
  • Tidur sekejap di masjid selama 10 minit sahaja.
  • Buka puasa di Masjid Pulai Perdana dan solat Maghrib berjemaah di sana. Disebabkan saya tertinggal kunci, saya meminta untuk pulang ke kampus. Setelah pulang, rupa-rupanya kunci ada dalam poket saya. Hal ini demikian kerana kunci terselit dalam kopiah dan kopiah pula saya letakkan dalam poket. Hal ini menyebabkan saya tidak merasa ada kunci.
  • Solat terawih: Saya sudah mengantuk kerana tidak cukup tidur kerana tidak terbiasa dengan cara tidur yang optimum iaitu tidur dalam masa 5 jam.
  • Walaupun diajak bertadarus al-Quran pada pukul 10.30 malam, saya tertidur pada pukul 10.00 malam kerana disebabkan mengantuk tidak cukup tidur dan satu lagi bosan dengan tugasan. Laptop telah dion tetapi belum buka Microsoft Word sudah tertidur. Tujuan on laptop untuk menyiapkan tugasan Falsafah Pendidikan.
Hari Kelima (26-8-09)
  • Alhamdulillah, saya bangun sahur juga akhirnya walaupun saya liat bangun pagi. Walaubagaimanapun, sahur pun lewat kira-kira pukul 5.15 pagi. Melewatkan sahur merupakan perkara sunat ketika berpuasa. Tetapi janganlah sampai dah azan subuh baru hendak bersahur.
  • Tidur pukul 8 pagi dan bangun pukul 10 pagi untuk mengumpul tenaga untuk menyiapkan tugasan Falsafah Pendidikan. Otak pun sudah menjadi lembab. Tugasan tetap dapat disiapkan separuh. Alhamdulillah
  • Sedang menulis blog....hehehe
Sekian terima kasih kerana membaca blog saya yang tidak seberapa.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Datang Ramadan

Assalamualaikum

Saya sedang menantikan kedatangan Ramadan. Saya ingin menjadikan Ramadan lebih baik daripada Ramadan yang lepas. Terdapat tiga kategori manusia iaitu:
  • Berjaya - Hari ini lebih baik daripada hari semalam
  • Terpedaya - Hari ini sama seperti hari semalam
  • Celaka - Hari ini lebih teruk daripada hari semalam
Insyallah, saya akan menjadi lebih berjaya di bulan Ramadan. Saya tidak mahu bulan Ramadan ini seperti tahun lepas apabila azan lebih awal berkumandang dari masa yang sepatutnya. Akibatnya, kami seorang pelajar terpaksa menggantikan puasa walaupun hukumnya tidak berdosa. Pada ketika itu, ramai pelajar dalam keadaan tidak menentu apabila diberitahu bahawa berbuka lebih awal. Ini ialah ujian Allah yang terpaksa dilalui oleh hamba-Nya.



Berdasarkan firman Allah menerusi Surah Al-Baqarah ayat 183 (2:183)

Pertamanya, dari nas ini umat Islam dapat mengenali agama-agama lain sebagai agama samawi dengan merujuk amalan berpuasa itu. Antara agama-agama yang memiliki ciri persamaan dari sudut amalan ini, iaitu berpuasa ialah Buddha, Hindu, Kristian dan juga Yahudi. Bagaimanapun, cara bagaimana amalan berpuasa dilaksanakan, ada sedikit perbezaan.

Jenis dan martabat berpuasa itu juga berbeza-beza mengikut agama, adat budaya bangsa dan martabat kerohanian seseorang itu.

Lantaran itulah, Tuhan menyatakan di hujung ayat itu, dengan harapan, amalan berpuasa yang kita lakukan itu dapat meningkatkan martabat kerohanian kita ke darjat ketaqwaan, iaitu darjat yang teragung dan paling tinggi.

Disebutkan dalam al-Qur'an, bahawa Tuhan menyeru orang yang beriman agar mencapai darjat ketaqwaan. Ini kerana, orang yang beriman, belum tentu dapat mencapai darjat ketaqwaan. Tapi, orang yang bertaqwa, sudah pastilah mereka beriman.


Wallahu a'lam

Sekian sahaja..

Saya inginkan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Tempat yang Menarik di UTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Maaf jika anda tertunggu-tunggu post apa yang seterusnya. Saya sekarang sangat sibuk dengan tugasan (assignment) pendidikan yang entah apa-apa. Tugasan memang banyak dan bertimbun-timbun. Sebenarnya saya pemalas, suka buat kerja saat-saat akhir. Jadi, kualiti tugasan kurang.

Saya ingin kongsi tempat menarik di UTM pada pandangan saya.

Arked Meranti
Terletak 600m dari bilik saya mengikut ukuran saya di Google Earth. Hampir dikatakan tiap-tiap hari pergi ke Arked Meranti. Mungkin mak cik dekat Arked Meranti bosan tengok muka saya. Kolej-kolej jauh macam Kolej Tuanku Canselor (KTC) dan K10 sanggup datang ke Arked Meranti kerana makanan kat sini sedap-sedap dan banyak pilihan. Dekat sini ada menjual barangan komputer yang dikatakan berpatutan. Ia terletak antara Kolej Tun Fatimah (KTF) dan Kolej Rahman Putra (KRP). Di sini ramai kaum hawa kerana kedudukan di kawasan majoriti perempuan. Di sini terdapat kedai runcit.
Arked Meranti

Arked Cengal
Sama macam Arked Meranti tetapi di sini tidak semeriah dengan Arked Meranti. Di sini ada barangan komputer yang dijual dengan harga berpatutan. Dekat sini menjadi tumpuan orang-orang Cina dan India kerana terdapat restoran yang dikendalikan oleh kaum Cina dan India. Restoran ini dijamin halal kerana mengikut peraturan UTM, makanan haram tidak boleh dibawa masuk. Walau bagaimanapun, saya tak pernah makan dekat restoran tersebut. Terdapat banyak restoran kepunyaan orang Melayu. Terdapat juga kedai runcit, kedai gambar dan kedai gunting.

Masjid Sultan Ismail
Kenapa saya suka dengan masjid? Di masjid saya berjumpa dengan ikhwah-ikhwah yang ramai. Mereka semua sangat kuat pegangan agama. Kalau saya ada masalah, mereka sanggup tolong atas dasar ikhwah. Tiap-tiap Jumaat malam diadakan mabit (bermalam) di masjid untuk memudahkan saya bangun qiamulail dan solat tahajud serta solat subuh berjemaah diikuti dengan bacaan matsurat.

Di masjid juga terdapat ceramah-ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz-ustaz yang bertauliah serta banyak ilmu agama. Ceramah yang paling seronok ialah ceramah yang disampaikan oleh ustaz Ismail yang berlangsung pada hari Isnin.

Pandangan Masjid Sultan Ismail pada
waktu malam

Balai Cerap
Balai cerap terletak di kawasan tertinggi di kawasan UTM. Ia terletak di kawasan 120m dari aras laut (mengikut Google Maps). Setakat ini, saya dua kali melawat balai cerap. Kali pertama semasa Minggu Haluan Siswa (MHS) dan kali kedua sebulan lepas. Di balai cerap, saya boleh nampak kawasan UTM dan bandaraya Johor Bahru. Jarak antara bilik saya dengan balai cerap kira-kira 3 km dan perlu melalui Kolej 11. Jalan ke balai cerapmerupakan trek utama orang berjoging.

Warga KTHO dan Kolej 11 ke balai cerap semasa MHS

Warga KTHO di balai cerap

Permandagan Johor Bahru dari balai cerap (visual tidak jelas)

UTM dari pandangan perkarangan balai cerap

Sekian sahaja. Jika ada tempat menarik lagi, saya akan post kemudian.

Sabtu, 18 Julai 2009

Good news for chemistry students...

Assalamualaikum...

Today, I change mode to start write English blog. This is because, to improve my English. In this university, almost of resourses are in English.

As I am the chemistry student, I want to share this application for those who study in Chemistry. The name of program is ACD/ChemSketch Freeware. The nice application can solve the problem in chemistry. As my future carrier is teacher, I should learn as to apply ICT in instruct in chemistry. I have tried use this program by drawing the structure easily. It also can generate the name of complex chemical structure by using new IUPAC nomenclature.

Now, I am learning to give name of structure of alkene by apply E-Z system. This is new for me as a chemistry student. To download this application, please click here . If you want to visit its website, please visit www.acdlabs.com/download/ . Good luck...

Jumaat, 17 Julai 2009

3 Minggu di UTM

Assalamualaikum

Kehidupan tidak dinafikan memang enjoy. Enjoy, enjoy jugak janji jangan fail. Jadual saya tidak seberapa padat kalau nak dibandingkan dengan jadual mahasiswa kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan kimia. Saya amat kesian dekat mahasiswa kejuruteraan mekanikal sebab jadual terlalu padat. Pukul 6 baru habis kelas. Kalau saya, hari Rabu tak ada kelas. Hari Isnin memang padat kerana kelas ada dari pukul 8.00 pagi sampai 4.00 petang termasuk rehat waktu Zohor. Hari Isnin hari yang tak berapa seronok belajar kerana Monday Blue. Hari lain ada kelas tetapi banyak waktu kosong. Sampai mahasiswa kejuruteraan pun dengki.

Saya ambil pendidikan sebab dipaksa oleh keluarga. Saya meman tidak berminat dengan kursus ini. Walaupun senior-senior suruh menukur kursus, tetapi saya tetap dengan kursus yang saya tidak berapa minat. Antara subjek yang saya perlu ambil ialah subjek Kimia Organik, Matematik Perantaraan (Intermediate Mathematics), Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Falsafah Pendidikan Negara, Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran, dan Kurikulum Sains dan Matematik. Saya mempunyai 10 coursemate, semuanya perempuan. Bermakna saya seorang sahaja yang lelaki. Walaupun mahasiswa dari kursus lain mengatakan saya akan menjadi seorang mahasiswa yang akan terlibat gejala sosial, sebenarnya diorang ini silap. Sepanjang saya berkursus dengan ramai lelaki, saya akan jadi rosak akhlak (Rosak sikit jerr...). Biasanya, saya nak mempengaruhi perempuan memang lebih susah kalau nak dibandingkan dengan lelaki. Kalau sesama lelaki, senang terpengaruh walaupun perkara buruk. Alangkah baiknya jika kita berkawan dengan mahasiswa yang kuat pegangan agama dan baik.



Saya suka berkawan dengan senior-senior yang kuat pegangan agama dan akedemiknya bagus. Mereka semua akan membantu saya untuk menjadi seorang berjaya. Mereka sanggup meluangkan masa bersama saya untuk memberi tips untuk mendapat pointer tinggi di samping membuat halaqah ilmu. Hal ini selaras dengan hasrat Naib Canselor UTM yang ingin melahirkan mahasiswa yang membudayakan ilmu. Kita bukan sahaja mengejar akedemik semata-mata malah membudayakan ilmu dalam pelbagai aspek.

Saya juga mendapat assignment TITAS. Tajuknya "Hubungan Tamadun dengan Agama". Atas nasihat senior, saya perlu memulakan langkah untuk membuat assignment. Cara ini dapat mempercepatkan proses membiasakan diri dengan kehidupan kampus. Saya terpaksa meminjam buku yang tebal. Buku tersebut ialah al-Muqadimmah, karangan Ibnu Khaldun dan buku Tamadun dan Kesejahteraan. Buku al-Muqadimmah merupakan kitab muktabar dalam proses ketamadunan. Buku ini selari dengan tamadun mengikut konsep Islam. Buku ini amat tebal dan dikatakan hampir 1000 muka surat. Tulisannya sangat kecil. Kalau dibesarkan mungkin sampai berjilid-jilid banyaknya.

Sekian

Petunjuk:
  • Tulisan hijau merupakan subjek yang saya suka. Kesemua subjek ini, saya sudah tahu hala tuju.
  • Tulisan perang, sederhana seronok.
  • Tulisan merah, subjek yang sangat membosankan, kerana subjek ini wajib diambil oleh bakal guru. Subjek ini bosan mungkin disebabkan masih baru kepada saya, dan baru 2 minggu belajar.
**Blog ini ditulis nak tunggu solat Jumaat.
Saya harap anda semua enjoy walaupun ditulis dengan ayat skema dan ada juga tidak seberapa skema, kerana ingin memartabatkan Bahasa Melayu. Seorang pencinta ilmu mesti menulis dengan menjaga bahasa.

Isnin, 6 Julai 2009

Jawatan Kosong:Jom Apply!!

TEMUDUGA : CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.



TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Sumber: Iluvislam

Seminggu di UTM

Assalamualaikum, dan selamat pagi, tengah hari, petang dan malam.

Dah seminggu saya berada di UTM, tempohnya tak panjang, belajar pun belum mula lagi. Pada hari ini saya akan menceritakan suasana di UTM.

Kawasan UTM amat luas, kalau nak dibandingkan dengan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, berganda-ganda luasnya. Lagipun, kawan-kawan saya yang dapat kat UTM, duduk merata-rata. Jalan kaki cukup memenatkan. Kalau nak pergi fakulti pun, lepas balik, terus tidur. Sebabnya, keadaan jalan-jalan yang berbukit-bukau dan jauh kalau berjalan kaki. Cuba bayangkan jarak antara fakulti dengan kolej kediaman saya 1km? Ini pun dikira cukup dekat. Satu lagi, kalau orang yang pertama kali masuk, mungkin sesat sehingga ke hujung kampus. Memang cukup luas.

Tak apa lah, saya tak nak cerita pasal luas universiti, saya nak menceritakan pasal pendaftaran. Semasa pendaftaran, saya tidak sihat. Mula-mula sekali nak daftar, cek dulu suhu badan. Suhu badan saya melebihi 38˚C. Nasib baik tidak sampai 40˚C, kalau tak, tak pasal-pasal kena kuarantin ataupun kena kat Hospital kat tengah bandaraya Johor Bahru. Sekarang kan musim virus selesema babi H1N1 merebak. Akhirnya, saya dapat daftar. Selepas daftar, saya demam biasa. Kemudian kena masuk wad dekat Pusat Kesihatan UTM.

Minggu Haluan Siswa (MHS) lebih kurang macam minggu orientasi. Walaupun diadakan seminggu, ada 2 hari program wajib, iaitu taklimat mengenai AUKU dan Majlis Perasmian MHS yang disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Tan Sri Khalid Noordin.
Satu lagi menarik pasal UTM, UTM sepatutnya dinobatkan sebagai university yang tertua di Malaysia menerusi Sekolah Teknik Treacher yang ditubuhkan pada tahun 1904. Universiti Malaya pula ditubuhkan daripada Straits and Federated Malay States Government Medical College pada tahun 1905. Universiti Havard (university tertua di Amerika Syarikat) sendiri pada asalnya bermula dengan Kolej Havard dan Universiti Al-Azhar bermula dari madrasah di masjid Fatimiyah.

Di harap anda semua akan terus seronok membaca blog ini walaupun blog saya mempunyai ayat skema dan berfakta. Biasanya, benda-benda fakta lebih membosankan kalau dibandingkan dengan gossip-gosip kat luar sana.
Sekian.

Jumaat, 19 Jun 2009

Yu Tie Em

alhamdulillah...

dapat jugak first choice dalam UPU. Nak tau apa?

Sains dengan Pendidikan Kimia (UTM)



Kursus ini akan menjamin masa depan kerana kerjaya guru sekarang masih berkurangan terutamanya kaum lelaki. Sekarang nisbahnya antara guru lelaki dengan guru wanita sangat besar. Saya terpanggil untuk menjadi guru kimia, dan kerjaya ini dijadikan sebagai tugas menyebarkan tamadun (baik amik cikgu sejarah).

Tetapi saya sedang berfikir sama ada hendak menjadi guru ataupun menjadi pensyarah. Insyallah, disebabkan saya ni gila studi, saya sepatutnnya kena sambung buat master.

saya nak jadi apa ek?



guru ataupun pensyarah

Kepada sesiapa yang dapt kursus yang anda semua minat, saya ucapkan tahniah. Yang terlelong ke ataupun dapat kursus yang tak minat, saya ucapkan selamat maju. Hidup ini kita perlu teruskan. Insyallah, ada hikmah di sebaliknya, cuma kita semua tak tahu.

Rabu, 17 Jun 2009

Edisi Khas KMPP (3): Outing di Tanah Besar

Walaupun sibuk study, saya pun outing jugak. Saya bukan selalu outing pun. Ada sorang member saya, nak kata tiap-tiap minggu outing untuk shopping. Lepas tu duit elaun habis. Sebenarnya, pelajar kat KMPP tak perlu outing disebabkan banyak kemudahan macam mesin ATM, kedai siswa, pejabat pos, kedai fotostat dan kafe. Buat apa pergi outing banyak kali. Okaylah, saya tak nak membebel, saya nak cerita tempat saya outing.

Kepala Batas

Saya panggil Kepala Batas, KB. Kawan-kawan saya terkejut bila saya pergi KB. Selalunya, saya
melawat rumah saudara saya (abang kepada kakak ipar saya). Kalau nak naik bas, minta berhenti kat Pajak Song (saya panggil Pajak Lagu). Biasanya, saya pergi rumah dia bila saya nak jimat bajet.

Sebabnya, hari Ahad selalu banyak belanja macam beli coklat cadbury, makan snek, dan macam-macam benda yang habiskan duit. Jadi saya ke rumahnya. Dia jamu makanan dan dapat main game. Kalau malam, boleh makan coklat Cadbury puas-puas.

Pacific

Masa 1 November 2008, saya pergi ke Penang Megamall (kebanyakan orang panggil Pacific,
macam orang kelate kito, Kota Sri Mutiara panggil Billion). Ia terletak kira-kira 4 km dari
Butterworth dan juga terletak hampir dengan cabang Lebuhraya Utara Selatan dengan Jambatan Pulau Pinang.

Saya ikut dengan geng-geng utara. “hang”, “depa” itulah panggilan yang biasa saya dengaq.
Disebabkan malas nak tunggu bas nak pergi Pacific terus, kitorang naik bas ke Bukit Mertajam
(BM). Lepas sampai BM, kitorang naik bas CityLiner ke Pacific. Kali pertama naik bas CityLiner,
padahal kat Kelantan ada.

Bila sampai kat Pacific, saya rasa tak puas hati berjalan. Saya nak teruskan perjalanan ke
Butterworth, tapi depa turun kat Pacific. Nak buat camner, memang tujuan nak pergi Pacific.
Saya memang tak suka shopping. Akibatnya, hanya kasut kuliah jer yang beli. Saya nak beli buku “Jangan Bersedih” aka La Tahzan. Tapi malangnya bajet tak ada. Maka saya pun bersedihlah. Lagipun, buku ini dipecahkan berjilid-jilid. Satu jilid pun dah berapa belas ringgit dah.

Sungai Petani

Kat Sungai Petani (SP), ada shopping center yang memang kononnya best. Saya tak puas hati bila sampai kat SP, saya rasa nak tambah trip ke Alor Setar. Tapi malangnya bajet tak ada (padahal ada RM 50) dan tak ada teman. Kat situlah first time saya tonton wayang. Saya tengok “Budak Kelantan”, tapi tak berapa best. Yang bestnya, dia kelaskan kepada “sek-sek Amareka” dengan “set-set sjid”. Saya pergi SP sekali jer, itupun masa lepas 1st sem exam. Tarikhnya 2 November 2008.

Sekian sahaja. Tak nak dah nak merapu panjang, nanti orang baca, boring pulak.

Nantikan post seterusnya Edisi Khas KMPP (4) : Outing di Pulau Pinang

Ahad, 14 Jun 2009

Kerusi

Kerusi dalam Rumah

kerusi kat TV

Kerusi dalam bilik saya. Satu set ngan set perabot

Kerusi tidur. Ada kat depan TV

Kerusi meja makan sepatutnya. Tapi tak letak kat meja makan

Kerusi kat ruang tamu. Kerusi lama

Kerusi ruang tamu yang baru

Kerusi di luar rumah

Kerusi batu
Kerusi yang bersidang
Kerusi parlimen. Menjadi rebutan dalam pilihan raya...
Kerusi yang saya ingin ceritakan

Sebenarnya, saya nak cakap pasal buku ni. Aduh, sakit kepala baca antologi Kerusi. Masa form 5, saya kurang membaca antologi Kerusi, sebab sibuk dengan subjek sains. Saya hanya membaca ulasan saja. Sementara saya nak masuk U nanti, saya membaca antologi Kerusi. Saya nak baca biar sampai faham. Memang susah nak faham cerita dalam buku ni. Terutamanya prosa tradisional. Ayat punyalah sastera. Kan bagus kalau ada kek penterjemah, macam dalam cerita Doraemon. Baru boleh faham.

Kerusi oh kerusi....
Kenapalah susah nak faham

Sabtu, 13 Jun 2009

Meow.....meow...

Pada hari/malam ini, sy nak mempersembahkan aset (boleh pakai ke perkataan ni) saya . Nak tau apa benda...

Kucing...

Angelina (betina)


angelina

Angelina dilahirkan pada akhir tahun 2003. Ibunya namanya Siput (asalnya Siputeh) dan ibunya hilang pada awal 2005. Umurnya ialah 5 tahun. Melahirkan anak kali pertama pada Mei 2005. Semua anaknya yang sulong telah tiada. Pada asalnya, namanya ialah Angelo sempena nama kucing dekat Ampang. Disebabkan dia ni betina, nama ditukar kepada Angelina. Kucing ni selalu lekat kat rumah dan tak pernah lintas jalan. Selalunya mengharapkan pakwenya datang, tetapi tak mencari pakwe.
minum air sambil berdiri

Gupi (jantan)


Gupi

Dilahirkan pada awal 2009. Anak angkat Angelina. Agak liar sikit kalau duduk kat luar rumah. Dia dekat dengan saya apabila nak bodek saya nak mintak makanan. Suka tangkap serangga yang terbang. Walaupun besar sampai nak cari awek, dia masih menyusu. Kalau saya nak makan, selalu menyusahkan saya, selalu bising nak makan.

Hah, pergi selongkar beg saya buat apa,
bukan ada ikan pun.

Imuk (jantan)

Dilahirkan pada April 2009. Namanya diberi oleh Atiq (anak saudara saya). Anak kandung angelina. Agak kecil. Tidak seperti kucing lain, kucing ini diasuh berdikari sejak kecil lagi. Sekarang, sampai mesin blender tak takut. Kucing ni agak buas dan selalu buli abang angkat (Gupi) tetapi Gupi tetap buli balik. Kucing ni sangat jinak, dan mudah dibawa untuk tidur bersama. Tak macam Angelina dengan Gupi.

Maaf, takde gambar, gambar ada dalam kamera. Imuk tak tau pergi merayau kat mana. Nanti saya update post ini, saya akan upload gambar Imuk.

Blog ini ditulis atas permintaan pembaca blog setia. Terima kasih kepada pembaca blog setia. Oleh itu, teruskan setia bersama saya. Harap anda terhibur. Kalau ada cadangan, aduan atau tak sabar nak tengok post blog, sila bagi komen, e-mail, ataupun YM terus je lah kat saya.

Jangan bimbang, post ini akan update selepas ini.

Jumaat, 12 Jun 2009

Edisi Khas KMPP (2): Gambaq2 menarik

Amboih, amboih...cakap utagha pulak...mentang-mentang duduk penang setahun...

Cukuplah. Saya di sini bukan nak berleter, tapi saya nak tunjukkan gambar-gambar menarik semasa berada di KMPP. Walaupun tak seberapa menarik, tapi bagi saya amat menarik...


Keindahan Pelangi (Subhanallah)

Dua pelangi

Subhanallah (سبحان الله) indahnya ciptaan Tuhan

sekawan burung sedang berterbangan

Gambar ini diambil semasa 8 Mac 2009 di padang KMPP. Tak sangka rupanya semasa hari jadi saya. Walaupun saya tak dapat hadiah berbentuk kebendaan pada tahun ini, namun saya mendapat hadiah melalui keindahan alam. Pada masa itu, saya sedang bermain bola sepak dalam keadaan hujan renyai-renyai dan basah. Tiba-tiba, ternampaklah pelangi.

Menarilah dan terus ketawa,
Walau dunia tak seindah surga,
Bersyukurlah pada Yang Kuasa,
Cinta kita di dunia,
Selamanya

(Teka, lagu apa? Jangan lupa lirik tau)


Bunga Sakura

お元気ですか (o genki des ka, apa khabar)

Saya ada gambar yang menarik di KMPP iaitu sepohon bunga sakura. Maka gugurlah sekuntum bunga sakura di Gurun Sahara KMPP. Bukan sekuntum, malah banyak kuntum. Sebab apa saya panggil pokok sakura. Saya memang tak tau nama pokok. Bila tanya kat pelajar hayat, dia tak tau nama pokok. Terpaksalah panggil pohon sakura sebab bunga lebih banyak daripada daun. Terasalah saya duduk di negara Jepun. Pokok yang paling banyak bunga berada berhampiran dengan surau. Mungkin berkat, bunga mekar dengan banyak. Lebih baik saya cadangkan kepada Pengarah KMPP supaya tanam pokok sakura sekeliling. Nanti, tak jumpa surau pulak sebab mcm ladang sakura...Hahaha


Itu sahaja...