Rabu, 18 November 2009

Edisi Khas KMPP (4): Outing di Pulau Pinang

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan post yang bertajuk Edisi Khas KMPP (3): Outing di Tanah Besar, saya akan berkongsi pengalaman outing di sebelah Pulau Pinang.

Walaupun saya pernah menjejakkan kaki ke Pulau Pinang semasa saya berusia 4 tahun, namun, saya ingin melawati lagi. Impian melawat Pulau Pinang akhirnya menjadi kenyataan apabila pensyarah Fizik semasa kami di bangku kolej matrikulasi, mengajak pelajar F5P2 termasuk saya untuk membuat rombongan melawat Balai Cerap Syeikh Tahir Jalaluddin di Pantai Acheh.

Balai Cerap Syeikh Tahir Jalaluddin

Semasa di balai cerap, banyak input-input yang kami dapat antaranya cara pengiraan ahli falak untuk menentukan waktu solat dan bulan-bulan Islam. Matematik merupakan asas-asas kepada pengiraan ahli falak. Saya kagum dengan ilumuwan Islam pada zaman silam, iaitu Jamshid Al-Kashi dengan berjaya menghitung sin 1 dengan tepat. Saya lihat, berapa banyak titik perpuluhan. Kagum!

Saya tidak pulang dengan kosong begitu sahaja. Sebaliknya saya membawa pulang beberapa buah buku yang disumbangkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Buku yang saya dapat ialah buku mengenai ketokohan Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada mantan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi). Mereka merupakan perintis kepada ilmu falak moden di Tanah Melayu.

Taman Botani (Botanical Garden)

Disebabkan saya tidak memasuki bandaraya Georgetown semasa lawatan ke balai cerap, saya bertekad untuk melawat Georgetown. Saya mengikut Syamil dan Amin ke Pulau Pinang. Tiba di jeti di Butterworth, kami menaiki feri untuk sampai ke Georgetown. Di Georgetown, banyak bangunan warisan penjajah British, dan nampak cantik dengan seni bina zaman silam. Nasib baik kawan sebilik saya, Hanif, orang Pulau Pinang sejati. Dia yang mengajak kami berjalan-jalan mengelilingi Pulau Pinang.


Saya dan Amin di atas feri


Geng-geng H2P3


Makan nasi kandaq


Kami sempat melawat Taman Botani di Pulau Pinang. Di Taman Botani, kami berpeluang mengambil gambar kami berempat di Taman Botani yang serba indah.


Syamil, Amin dan Saya. Jurukamera: Hanif


Terima kasih kepada Hanif, Syamil dan Amin kerana menjadikan outing kami bermakna. Selepas pulang ke KMPP, kami menceritakan bahawa kami pergi ke Taman Botani. Ada yang dengki dengan saya. Ada juga yang tanya cara nak pergi Taman Botani.

Universiti Sains Malaysia (USM)

Ini merupakan kali ketiga saya keluar outing ke Pulau Pinang. Baru dua minggu melawat Pulau Pinang, telah dijemput untuk menghadiri Seminar di Ambang Universiti. Kami pergi ke USM, dengan menaiki bas dan feri. Seminar ini turut disertai oleh Amin.

Di USM, kami bertemu dengan mahasiswa USM. Mereka menjemput Dr. Izzul untuk memberi ceramah mengenai apa yang akan terjadi di IPT nanti. Oleh itu, kami perlu menjadikan agama sebagai asas dalam kehidupan. Tanpa pegangan agama, kita mudah terjadi kejutan budaya.


Permandangan di Pulau Pinang.


Setakat itu sahaja. Saya sekarang berhasrat untuk ke Singapura untuk melihat keadaan dan budaya di Singapura. Agak sukar untuk menyediakan diri ke Singapura kerana terpaksa melepasi sempadan antarabangsa.

Tiada ulasan: