Pada mulanya, saya berasa penat apabila pergi kuliah dengan jalan kaki. Kalau tidak berjalan kaki, saya naiki bas. Kadang-kadang, atas ihsan kawan-kawan saya, mereka bagi tumpang motorsikal. Disebabkan kesusahan semasa pengajian di UTM, Ma saya bersetuju untuk membeli kereta Perodua Viva. Walau bagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan keputusan untuk membeli Viva kerana menyusahkan Ma saya walaupun Ma saya berjanji hendak membayarkannya.
Kebetulan abang saya ingin beli kereta baru, akhirnya abang saya ingin memberi kereta Kancil yang dibeli tahun 2004. Saya pun gembira sebab lepas ni dapat berjalan-jalan semasa cuti. Tetapi harapan untuk memiliki kereta Kancil hancur apabila Ma suruh belikan Viva. Hal ini disebabkan masalah teknikal yang menyebabkan abang saya membatalkan hasrat membeli kereta baru.
Akhirnya saya dapat juga kereta Viva Elite pada 24 Mei 2010. Walaupun saya ada kenderaan, saya tidak seperti orang lain. Apabila orang lain dapat kenderaan, mereka terus merayau-rayau ke merata-rata tempat. Kalau saya, ke mana saya nak merayau-rayau?
Saya nak ceritakan kelebihan Viva Elite:
- stereng berkuasa
- tingkap berkuasa
- pintu buka 90˚
- pusing dalam jejari kecil
- pemain cekera padat mp3
Dengan adanya kereta Viva, saya berharap dapat menggunakan kenderaan ini ke arah kebaikan. Antaranya:
- Memandu dengan mematuhi peraturan jalan raya
- Tidak menjadikan kereta sebagai tempat maksiat
- Tidak mengunjungi tempat maksiat
- Kereta dijadikan alat untuk merapatkan ukhwah
Menjadikan status sosial saya semakin tinggi
Inilah pengorbanan Ma saya sanggup membelikan kereta. Tetapi pengorbanan saya terhadap Ma saya pun rasa kecil macam atom hidrogen. Apabila saya sudah bekerja, barulah saya membayar kereta Viva.
Alhamdulillah kerana dapat memiliki kereta ini walaupun bukan kereta impian saya. Kereta impian saya ialah kereta (lihat di bawah).
Kereta sorong, senang nak angkut barang yang berat ke merata-rata tempat
Apa yang penting, kenderaan yang kita hendak miliki ialah kenderaan yang dapat menolong kita melintas titian sirat di akhirat kelak.
Setakat itu sahaja tayangan barangan dunia.