Ahad, 7 Ogos 2011

Daging Bakar Xinjiang

Assalamualaikum.

Sudah lama saya tidak mengemaskini blog. Tidak terlambat saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak. Di bulan ini, rebutlah peluang yang Allah bagi yang disediakan untuk hamba-hamba-Nya seperti beribadah. Dalam sibuk-sibuk beribadah, saya mencuba resepi ini untuk juadah berbuka puasa.

Resipi ini pada asalnya dibuat menggunakan kambing. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web http://www.cookeatblog.com/2008/05/06/xinjiang-lamb-skewers/. Saya pernah rasa makanan di Beijing, China semasa saya mengikuti rombongan ke sana. Makanan ini merupakan makanan yang paling istimewa sepanjang lawatan. Selepas pulang ke tanah air, saya masih mengidam makanan ini. Setelah sekian lama, akhirnya saya sudah tau nama sebenar makanan lantas saya terus mencari resepi di internet. Namanya Xinjiang Lamb Skewers.


Xinjiang Lamb Skewer

Makanan ini berasal dari wilayah Xinjiang yang terletak di Barat Laut China. Pusat pentadbiran dan bandar terbesar Xinjiang ialah Urumqi. Majoriti etnik yang menetap di Xinjiang ialah etnik Uighur dan majoriti beragama Islam. Disebabkan Xinjiang bersempadan dengan negara Asia Selatan (India, Pakistan) dan Asia Tengah (Kazakhstan), makanan China ini dipengaruhi oleh rempah ratus.


Wilayah Xinjiang

Walau bagaimanapun, disebabkan kesukaran mendapatkan bahan, saya terpaksa membuat modifikasi terhadap resepi di laman web tersebut. Antara bahan-bahan yang saya gunakan seperti berikut:
Bahan utama:
  • 2 ketul daging
  • minyak masak

Campuran Rempah:
  • 2 sudu jintan putih
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 sudu serbuk halia
  • 4 bahagian bawang putih
  • 2 sudu garam
Prosedur:
  1. campurkan kesemuan rempah ratus di dalam mangkuk
  2. tambahkan minyak masak ke dalam mangkuk
  3. kemudian perapkan daging selama 4 jam. Caranya sama seperti BBQ.
  4. kemudian bakar.



Rempah beratus-ratus sen


jangan lupa bawang putih


daging diperap dalam 4 jam


Kita bakor je! kita bakor


mashta

Akhirnya daging yang saya hasilkan sebijik macam di Beijing. Walau bagaimanapun, daging panggang yang saya buat terasa amat pedas kerana terlebih rempah. Di dalam resepi cadangkan 700g sedangkan saya punya resepi daging hanya kira-kira 400g.

Suatu hari nanti, saya akan membuat modifikasi lagi terhadap resepi agar bertambah sedap lagi.

Selamat mencuba.

Sekian.