Ahad, 20 April 2014

Catatan dari Tioman

Bosan dengan dunia akademik, hari-hari menghadap jurnal yang difikirkan entah apa-apa yang mereka menulis. Dalam Kampus Induk UTM yang dahulu saya katakan sebagai syurga dunia dengan dikelilingi para ilmuwan, namun ia penjara bagi saya. Oleh itu pada 17 sehingga 19 Mei, kami membebaskan belenggu kesibukan dunia akademik dengan melihat dunia luar. Oleh itu, kami ke Pulau Tioman yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur.

Percutian ke Pulau Tioman disertai oleh pelajar prasiswazah, pasca ijazah, dua orang pensyarah iaitu Dr. Johari Surif dan Dr. Nor Hasniza berserta keluarga, dan ibu bapa pelajar.

17 April 2014

Kami bertolak dari UTM dalam jam 9.30 pagi dan tiba di Jeti Mersing dalam pukul 12.00 tengah hari. Feri bertolak dari Mersing dalam pukul 2.30 petang. Perjalanan selama 1 jam setengah meredah ombak yang tidak berapa mencabar kerana bukan musim Monsun Timur Laut. Akhirnya kami tiba di Kampung Genting Tioman pada pukul 4.00 petang. Kami disambut oleh kru-kru dari chalet Idaman Beach Holiday dengan mengangkut barang dengan menggunakan motorsikal. Kami hanya berjalan kaki sahaja.
Di Jeti Mersing. Usah kata di Pulau Tioman sudah seronok, di jeti Mersing dah mula melompak tidak sabar untuk menjejaki kaki ke Pulau Tioman.

Laluan Feri dari jeti Mersing ke Pulau Tioman melintasi beberapa buah pulau yang cantik
Ini masih di Jeti, jelitawan-jelitawan Fakulti Pendidikan senyum lebar. Kalau sudah jejak ke Pulau Tioman, saya pun tidak tahu berapa panjang lebar senyuman.
Sesudah check in di chalet, kami terus terjun menuju ke laut yang sangat jernih. Di laut, kami memperlajari beberapa kemahiran untuk berenang di laut dan terapungkan badan di laut sambil melayan kenakalan anak Dr. Johari. Nasib baik mereka pandai berenang. Dengki saya melihat anak Dr. Johari pandai berenang.

Ada yang saling selfie dengan pelbagai gaya dan pelbagai sudut pandangan. Ada yang mempraktiskan apa yang diajar dalam kuliah MPT 1483 - Penerbitan Teknologi Visual (lihat pada Dunia Lensa).

Sarah: Radhiah, salah tu.
Radhiah: Apa yang salah?
Sarah: Sepatutnya apply la Rule of Third. Cuba alihkan sikit kamera.
Radhiah: Saya bukan nak buat Rule of Third, tapi nak buat komposisi Rule of Seventh.
Sarah: @#%$^%$^
(dialog hanya rekaan semata-mata)

Hari pertama saya sudah melihat keriangan mereka. Lebar senyuman boleh diukur dengan sebatang pembaris 20 cm. Rugi kepada sesiapa yang nak pergi tetapi tarik diri.

"Tak kenal maka tak cinta tahu latar belakang".Pada sebelah malam, kami melakukan seisi takruf bersama adik-adik junior yang bakal menamatkan pengajian. Kami berkongsi suka dan duka selepas menamatkan seisi pembelajaran sewaktu zaman ijazah pertama dahulu. Selepas melakukan seisi takruf, kami kononnya melakukan nightwalk untuk menuju ke tempat membeli belah yang menjual cenderamata. Hanya saya sahaja hero yang nightwalk bersama-sama jelitawan UTM, hero yang lain tersungkur di atas katil kerana penat atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan. Antara cabarannya ialah melalui di tepi kubur pada waktu malam Jumaat.

Menemui checkpoint dalam aktivit nightwalk konon-kononnya
Selepas menemui checkpoint di kedai cenderamata, kami terus pulang ke chalet masing-masing disebabkan hampir tengah malam iaitu pada pukul 11.00 malam. Saya ingatkan senang menjadi hero sebagaimana dalam plastik TV LCD (dahulu kaca TV) seperti cerita superman, rupanya susah juga.

18 April 2014

Aktiviti pertama ialah qiamulail, solat subuh, dan dengar tazkirah yang disampaikan oleh Dr. Johari Surif. Antara petikan yang saya dapat ingat ialah:

Kita berada di landasan keilmuan. Jadilah seperti Imam al-Syafie walaupun miskin tetapi semangat mencari ilmu sangat tinggi.
Kita bercuti supaya kita dapat keluarkan diri kita dari kotak. Kita perlu menikmati keindahan ciptaan Allah. Ada seorang yang sudah tahu mengenai Islam tetapi mahu memeluk Islam. Untuk memeluk Islam, beliau mahu Allah menunjukkan kebesaran Allah dengan menunjukkan keajaiban di depan mata beliau. Tiba-tiba beliau terbaca satu ayat lebih kurang bermaksud apa yang berada di langit dan di bumi sudah menunjukkan kekuasaan Allah. Tak payah cakap langit, bulu mata yang dekat dengan kita pun tidak terkira jumlahnya.

Untuk melatih kita bersyukur, pergilah merantau ke negara-negara yang kurang membangun daripada Malaysia seperti India. Hotel di India sahaja sudah ada kawalan keselamatan yang ketat seperti memasuki lapangan terbang. Hotel dipagari dengan tembok yang tinggi supaya tidak melihat dunia luar yang terlalu daif.

Itulah perkongsian yang disampaikan oleh Dr. Johari Surif mengenai landasan keilmuan dan perlunya ada rasa bersyukur. Maaf pada waktu itu telefon genggam saya hampir kehabisan bateri jadi saya tidak dapat mencatat dengan menggunakan Kepala Gajah (Evernote)

Aktiviti yang paling seronok pada hari itu ialah membeli-belah dan bersnorkel (snorkeling). Pada mulanya kami bersnokel di Taman Laut Tioman. Di sini kami berlatih bersnokel sehingga wujudnya ketahanan untuk bersnokel dengan lebih lama. Kami juga dapat melihat ikan-ikan tetapi malangnya tidak menemui ikan yang sama seperti dalam filem animasi Finding Nemo (2003). Bersnokel berbeza dengan skuba diving. Kami hanya memakai jaket keselamatan dan tidak boleh tenggelam seperti skuba diving. Untuk melakukan skuba diving, kosnya sangat tinggi dan memerlukan latihan.
Perjalanan membelah ombak mencari ketenangan yang sementara (sebab hidup di Dunia)

Best tau naik bot. Rugi siapa yang tak ikut kami. Maaf, saya ada sepasang tangan untuk like.

Selepas bersnorkel di Taman Laut, kami meneruskan perjalanan ke pulau yang kecil tetapi dikelilingi dengan terumbu. Pulau tersebut ialah Pulau Renggis. Di permukaan laut sekitar Pulau Renggis sangat mencabar apabila kami seolah-olah dihanyutkan oleh arus laut. Di sinilah kami dapat melihat terumbu karang tetapi tidak beberapa jelas. Kami juga dapat melihat beberapa orang menyelam menggunakan skuba diving. Waktu inilah ramai yang tersenyum lebar. Kalau pakai metre rule memang tak mencukupi, sebaliknya gunalah pita pengukur untuk mengukur jarak senyuman.

Pulau Renggis: Tempat untuk bersnorkel yang kedua

Sedia untuk terjun bersnorkel ke laut pada waktu hujan

Selepas pulang dari bersnorkel, kami terus mandi di laut. Dalam waktu petang, sudah dua kali kami bermandi manda di laut.

19 April 2014

Seperti biasa, awal pagi ada solat subuh berjemaah dan pengisian dari Dr. Johari Surif. Beliau mengklasifikasikan beberapa jenis iman antaranya ialah iman para malaikat, iman iblis, iman nabi, dan iman manusia biasa, Iman para malaikat grafnya bersifat constant, iman iblis pada awalnya sangat hebat berbanding dengan malaikat namun disebabkan kesombongan selepas nabi Adam dicipta namun iman iblis jatuh. Iman para nabi semakin lama semakin meningkat. Kalau iman manusia biasa macam kita ibarat ombak. Sekejap naik sekejap turun.

Sebelum pulang ke Semenanjung, kami meneruskan lagi aktiviti mandi-manda di Laut China Selatan. Apa gunanya jika lautan indah tidak dimanfaatkan dengan bermandi mandi. Di sinilah saya melatih diri menyelam dan berenang dengan pantas.

Selepas itu, kami bersiap dan pulang ke Semenanjung untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar yang masih segar ingatan mengenai Tioman.


Motor yang ada gear reverse. Ini merupakan satu-satunya gambar yang saya tangkap dengan menggunakan telefon pintar saya.
Setakat itu sahaja entri kali ini. Semoga perjalanan ke Pulau Tioman memberi memori yang indah buat kami yang sekarang berada di saat-saat mahu penempatan guru. Tarikh penempatan guru pun entah bila akan keluar.

Terima kasih kepada Dr. Johari Surif kerana mengajak saya untuk mengenali dunia luar. Tidak lupa terima kasih kepada rakan-rakan kerana menghidupkan suasana percutian kami.

Nota Kaki

Tetapi muka saya di mana?
Saya hanyalah penulis, bukan tukang foto. Kesemua gambar yang saya dapat dicedok dari rakan-rakan saya yang suka berfoto. Nak bukti saya berada di Tioman? Ini dia:
Peristiwa nightwalk pada malam Jumaat
Uzailun: I'm only hero.
Semua kecuali Syima: kami setuju.
Uzailun: mentang-mentang kau Palapes.....(sila sambung ayat)
(dialog ini hanyalah rekaan semata-mata, jangan percaya bulat-bulat, nanti rosak bangsa, agama dan negara)

Say cheese... 1, 2,3...Alamak!!! Rashid tak ada.

Driver bot: Budak-budak ni, menyemak jer. Orang tengah drive bot ni, kau pergi kacau. Kan aku langgar jeti baru kau tahu. (dialog ini hanyalah rekaan semata-mata, nak baca boleh, percaya jangan)
Empat orang hero dikelilingi oleh bunga larangan



Dari Pandangan Lensa: #9 Refleksi Fotografi (Tugasan 1)

1. Apakah bahagian tugasan yang paling sukar untuk didemonstrasikan dalam gambar anda?

Antara tugasan yang paling sukar didemonstrasikan ialah Tugasan 1 Bahagian 2. Dalam tugasan ini, anda terpaksa mencari lokasi-lokasi yang boleh melakukan birdview seperti di aras atas bangunan. Jika objeknya tinggi, untuk melakukan perlu menjinjing kaki. Untuk mengatasi masalah ini, saya meminjam kamera D5000 kerana monitor boleh dipusing.

Untuk wormview, objek yang pendek sangat sukar difotokan kerana terpaksa duduk dengan cara yang amat terseksa. Bagi kamera D5000 yang saya gunakan, ia tiada masalah kerana monitor boleh berpusing. Namun tidak kepada D3100 kerana monitor tidak boleh berpusing.


Kamera D5000 berupaya untuk memusingkan monitor

Dalam banyak-banyak gambar dalam bahagian ini, gambar seperti foto di bawah yang paling sukar untuk difotokan.


Hal ini demikian kerana, tiang ini sangat pendek. Kanta yang saya gunakan ialah kanta Nikon AF Nikkor 50 mm dengan aperture minimum yang pernah saya cuba ialah f/1.8. Jadi, jika melihat pada viewfinder eyepiece, ia kelihatan seolah-olah dizum.Lagipun tiang ini terletak berhampiran dengan tasik. Jika saya tidak berhati-hati ketika berfoto, kemungkinan saya akan terjatuh dalam tasik dengan kamera yang pinjam sekali.


2. Apakah gambar difikirkan yang terbaik dalam kebanyakan gambar yang difoto sebelum ini?
Gambar ini difikrkan berjaya kerana terdapat tiga gabungan komposisi iaitu simplicity, rule of third, dan line. Gambar ini sangat signifikan bagi saya kerana ini merupakan hari pertama saya menggunakan lens yang mempunyai keupayaan aperture yang minimum dalam 1.8. Ia boleh menghasilkan bokeh.

3. Bagaimanakah tugasan ini mengubah cara pandangan anda semasa mengambil gambar?


Sebelum ini saya pernah menggunakan kamera DSLR, namun kebanyakan daripada itu menggunakan mod automatik. Saya jarang menggunakan mod manual kerana banyak yang saya tidak tahu ciri-ciri dalam kamera ini walaupun saya sudah mempelajari tiga asas fotografi iaitu aperture, shutter speed, dan ISO. Sebelum ini, saya tidak menghiraukan hasil tangkapan gambar menjadi overexposed atau underexposed.

Selain itu, saya baru mengetahui mengenai komposisi. Jika sebelum ini saya pakai hentam sahaja untuk menangkap gambar. Sekarang, saya menjadi lebih berhati-hati menangkap gambar supaya gambar tersebut memenuhi ciri-ciri komposisi tersebut. Antara komposisi yang kerap saya aplikasikan ialah rule of third.

4. Pendangan lain sepanjang proses dijalankan.

Dengan subjek MPT 1483 menjadikan saya seorang fotografi yang dulunya menangkap secara menghentam sekarang sudah mengetahui pelbagai konsep dalam fotografi. Sepanjang pembelajaran subjek ini, ia dapat menjadikan saya sebagai seorang yang kreatif menangkap gambar. Selain itu, subjek ini dapat menyediakan seorang guru mahir dalam fotografi untuk menangkap gambar di sekolah ketika ada peristiwa yang berlaku iaitu hari sukan, perhimpunan, pertandingan tilawah al-Quran dan sebagainya. Dengan fotografi di sekolah dapat memberi first impression di sekolah dengan baik dengan adanya majalah sekolah.

Dari Pandangan Lensa: #8 Tikuih Idaman Gamers (Tugasan 2, Bahagian 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini merupakan tugasan PROJECT 1: PICK-A-SOMETHING

Saya memilih tetikus gamers.
Tetikus untuk gamers
Foto di atas menunjukkan 10 buah tetikus untuk gamers. Tetikus selain tetikus gamers mempunyai tiga butang termasuk scroll button. Bagi tetikus gamers, ia mempunyai 2 atau lebih tambahan pada bahagian tepi. Permainan yang paling popular digunakan untuk tetikus ini ialah Dota 2. Untuk pelayar laman web seperti Mozilla Firefox atau Google Chrome, anda boleh menggunakan untuk back atau foward sesuatu halaman.

Terima kasih kepada pemilik tetikus ini kerana membenarkan saya berfoto untuk mendapatkan tetikus gamers.

Dari Pandangan Lensa: #7 Sudut dan Pentafsiran (Tugasan 1, Bahagian 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 Entri kali ini mengajak anda melihat sesuatu objek/subjek bukan sahaja dengan mata sahaja tetapi dengan mata hati.

Set 1: Orang Kuat Usaha

Orang Kuat Usaha. (Lokasi: antara C21 dengan C22 Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan)
Saya tertarik dengan gambar kedua teratas kerana pada pandangan saya, ikon OKU di papan tanda menghadap ke arah yang bertentangan dengan kereta. Bagaimana tafsiran anda terhadap sudut pandang gambar tersebut?

Set 2: Tong Serbuk Penaik

Paling tertarik dengan gambar terakhir seolah-olah pemadam api sedang menyorok.

Set 3: Lampu Limpah

Gambar mana yang anda tertarik?

Setakat itu sahaja yang saya kongsikan mengenai sudut dan pentafsiran.

Rabu, 16 April 2014

Dari Pandangan Lensa: #6 - Komposisi (Tugasan 1, Bahagian 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri kali ini membincangkan mengenai komposisi dan sudut sesuatu foto.

Komposisi


1. Simplicity

Dalam komposisi ini, latar belakang tidak menyerabutkan sesuatu subjek.

Simplicity yang paling simple. Gambar pemadam api dan gambar donggle Yes 4G. Kedua-dua foto menggunakan prinsip Rule of Third.



2. Rule of Third

Komposisi ini membayangkan pecahan 3 imej supaya menjadi 9 bahagian seperti rajah di bawah.


Biasanya dalam kamera sudah menunjukkan indikator seperti ini, tetapi tidak kepada Nikon D3100 atau Nikon D5000. Mungkin saya tidak menemui tetapan atau memang tidak ada. Untuk menangkap gambar, saya terpaksa menggunakan ilmu agak-mengagak.
Rule of Third. Gambar bunga juga menggunakan komposisi simplicity. Gambar kedua ialah seorang gadis yang sedang menerap tanpa menyedari beliau diterap.
3. Lines

Asalkan nampak garisan sama ada bengkok, lurus, dan putus-putus sudah menjadikan sebuah komposisi line.

Line pada jalan kereta dan jalan kaki
4. Balance

5. Framing

Menampakkan sesuatu subjek beserta dengan frame seperti tiang, dan pokok. Komposisi ini asalkan mengelilingi tepi sahaja sudah memadai.

Setakat itu sahaja post saya.

Selasa, 8 April 2014

Cara-cara Mencetak Banyak Sijil dalam Masa yang Singkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera
.
Saya pernah menyertai program. Program itu berjalan dari 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Apa yang menghairankan, sebelum habis program sudah siap-siap diberikan sijil yang lengkap dengan nama kita dan nombor kad pengenalan. Biasanya, kalau bab-bab sijil, ia memakan masa berhari-hari untuk siap. Apa rahsia yang menyebabkan mereka pantas mencetak sijil?

Saya membuat contoh untuk mencetak sijil menyertai usrah dan berjaya melaksanakan beberapa mutabaah amal.

  1. Buat satu fail dengan menggunakan Microsoft Excel. Buat beberapa column yang anda inginkan dan masukkan maklumat-maklumat seperti nama peserta. Selepas itu save kemudian tutup Microsoft Excel.
  2. Buka Microsoft Word kemudian bina template sijil.
  3. Pada baris di bawah “kepada”, klik di situ dan seterusnya pergi ke tab Mailings di atas. Di situ, anda pilih Select Recipients > Use an Existing List…

  4. Pilih jadual yang ingin dipaparkan. Kemudian tekan OK.
  5. Sejurus menekan OK, anda akan terlihat dalam mailings beberapa butang diaktifkan. Seterusnya dalam mailings, pergi ke Insert Merge Field > Nama (berdasarkan column apa yang anda tulis). Anda juga boleh memasukkan IC dalam sijil dengan menggunakan cara yang sama.
  6. Hasilnya seperti screenshot di bawah.
  7. Setelah selesai semua, anda boleh ke Finish & Merge > Edit Individual Documents…
  8. Kemudian keluar dialog box dan pilih all.
  9. Hasilnya keluar seberapa banyak siri sijil dalam Word yang baru. Anda boleh memulakan untuk mencetak sijil anda.


Selamat mencuba.

Jumaat, 4 April 2014

Dari Pandangan Lensa: #5 - Hasil Tangkapan Fotografi Melalui Mod Manual (Tugasan 2, Bahagian 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Inilah hasil kerja saya yang saya lakukan selama beberapa minggu mempelajari kursus MPT1483 - Penerbitan Teknologi Visual. Kesemua gambar ini ditangkap dengan menggunakan mod manual. Beberapa ketetapan yang saya ubah iaitu shutter speed, aperture, dan ISO.

Sila klik mana-mana gambar untuk membesarkan imej.

Set 1: Air Menerjun


Gambar ini menunjukkan air sedang menerjun. Prioriti pada gambar saya ialah pada shutter speed. Semakin perlahan shutter speed, semakin licin air untuk menerjun. Jika shutter speed tinggi, air seolah-olah kelihatan beberapa kristal yang keras. Untuk menggunakan mod semi-auto, anda perlu memilih shutter priority. Namun saya tidak menggunakan semi-auto malah saya menggunakan mod manual. Gambar ini dirakam pada sekitar 5.30 petang di Tasik Ilmu, UTM. Oleh sebab itu saya menggunakan ISO maksimum sehingga 800. Saya berfoto waktu itu kerana ingin memudahkan gambar terakhir dalam foto ini ditangkap pada shutter speed yang perlahan. Saya menggunakan tripod untuk kestabilan menangkap gambar terutamanya pada shutter speed perlahan.

Set 2: Kipas Berpusing



Gambar ini saya mengutamakan perubahan shutter speed. Semakin laju shutter speed semakin kaku gambar tersebut. Gambar ini dirakam dalam bilik saya sendiri dengan sokongan penggunaan tripod. Penggunaan ISO dalam bilik yang nampaknya suram kerana ditutup dengan langsir dengan menggunakan ISO 800. Jika shutter speed  terlalu pantas, maka masa cahaya didedahkan sangat singkat dan gambar menjadi underexposed iaitu menjadi gelap. Oleh sebab itu, saya memerlukan penggunaan flash dalam menangkap gambar.

Set 3: Paip Menghujani



Gambar ini sama sifat seperti Set 1 dan Set 2 iaitu mengutamakan shutter speed. Gambar ini ditangkap dalam bilik air seorang kawan saya di K11, Kolej Tun Razak, UTM Skudai. Jika shutter speed terlalu tinggi, maka air mengalir seakan-akan seperti kristal. Penggunaan ISO sangat tinggi disebabkan bilik air dalam keadaan malap. Aperture saya gunakan antara nilai yang paling rendah kerana keupayaan lensa tersebut setakat itu sahaja dan gambarnya dizoom secara optik yang paling jauh.

Set 4: Tasik Berilmu



Gambar ini lain dari yang lain kerana hanya set ini fokus kepada perubahan aperture. Gambar ini dirakam di Tasik Ilmu UTM dengan subjeknya sebatang tiang wakaf. Keadaan pada waktu itu sangat kering kerana kemarau panjang. Jika kita rendahkan aperture maka subjeknya kelihatan jelas manakala latar belakang menjadi kabur. Jika menggunakan aperture tinggi, maka latar belakang nampak jelas. Disebabkan waktu itu waktu tengah hari, maka saya menggunakan ISO hanya 100. Walau laju shutter speed sekalipun namun tidak ada yang boleh pakai sebab gambarnya semuanya tidak bergerak kecuali air. Saya pun ada mencuba dengan ISO 400, maka shutter speed perlu dinaik tinggikan lagi.

Set 5: Rumah Ditumpang


Yang terakhir sekali ialah gambar Scholar's Inn. Gambar ini lain dari yang lain kerana mengambil pada waktu malam. Cabaran pada waktu malam ialah memerlukan pendedahan cahaya dengan lebih lama dengan menukar shutter speed yang lebih perlahan. Oleh sebab itu, kita mesti memakai tripod untuk menstabilkan kamera. Sekali bergoyang sedikit, ia menjejaskan imej tersebut. Antara shutter speed yang paling perlahan tanpa menggunakan tripod tetapi imejnya tidak terjejas ialah 1/30 saat. Dalam gambar ini, prioriti saya ialah pada ISO. Walaupun sudah mengubah ISO ke 100 dengan harapan tiada noise, namun dalam data Exif mengatakan bahawa ISO menjadi 1100. Maka ISO yang paling rendah saya boleh dapat ialah 220 dengan menggunakan ISO 200. Jika menggunakan ISO tinggi, maka ia akan menyebabkan wujudnya noise. Walau bagaimanapun, jika gambar dikecilkan, kesan noise tidak kelihatan. Untuk pengetahuan anda, Scholar's Inn merupakan sebuah tempat penginapan yang mempunyai 2 bilik tidur, 1 bilik mandi, dan 1 dapur. Sewa di sini amat berpatutan dan banyak kemudahan-kemudahan di sekeliling seperti Pak Lah Cafe dan Kedai Runcit Azah. Selain itu, keselamatan insya Allah terjamin kerana berada di dalam kampus. Inilah peluang saya untuk mempromosikan Scholar's Inn.

Setakat itu sahaja entri untuk topik fotografi.

Sinonim dan definisi:

Aperture - F-Stop
Shutter Speed - Exposure time
Data Exif (Exchangeable image file format) - piawaian untuk mengkhususkan format untuk imej, suara dan tag sampingan pada kamera digital, pengimbas dan kamera telefon pintar.