Sabtu, 3 April 2010

Jalan-jalan di Singapura

Pada hari Sabtu (23 Januari 2010) saya ke Singapura diteman oleh Zulhafiz. Tujuan saya ke Singapura adalah untuk makan angin. Sebenarnya ada tujuan lain, ingin melihat budaya mereka. Bajet asal untuk ke Singapura ialah RM75. Sebelum ke Singapura, sebungkus roti beserta biskut dibawa kerana makanan di sana dikatakan harga dua kali ganda mahal. Jika nasi di sini RM3 tetapi di sana pun S$3. Kami menukar duit RM150 kepada S$61.20.

Jarak antara UTM dengan CIQ Tuas, Singapura dan Pusat Bandaraya Singapura masing-masing 40km dan 70km. Selepas melakukan pemeriksaan di CIQ Tuas, kami berjalan ke Pusat Sains Singapura (National Science Center). Harga tiket sebanyak S$6. Kami diarahkan supaya berada di Pusat Sains oleh ketua rombongan selama sejam. Masa yang diperuntukkan, amatlah sedikit. Dalam sejam, satu aras pun belum habis diteroka.

Selepas itu, kami berjalan ke Masjid Sultan di Kampung Gelam. Suasana di Kampung Gelam seakan-akan berada di Pulau Pinang kerana warisan penjajahan British amat dijaga. Di Masjid Sultan, kami dapat melakukan solat Zuhur. Kami tidak mendapat rukhsah solat kerana perjalanan kami tidak sampai 2 marhalah. Lagipun, jarak antara Johor dengan Singapura bukan jauh sangat. Di Kampung Gelam, kami membeli-belah. Kalau barang selain makanan memang murah. Enam keychain yang saya beli berharga S$ 2.

Masjid Sultan
Selepas ke Kampung Gelam, kami meneruskan perjalan ke Sentosa. Sebelum kami sampai ke Sentosa, kami melawat Merlion Park. Tempat ini yang paling penting sekali kerana di situ terletak tugu singa laut (Merlion). Di sinilah kami sempat bergambar dengan berlatar belakang Merlion dan bangunan pencakar langit Singapura. Kalau tidak bergambar, macam mana orang nak percayakan kita ke Singapura!
saya di Merlion Park

Destinasi terakhir ialah Pulau Sentosa. Di Pulau Sentosa terdapat sebuah taman tema yang akan menyaingi Genting Highlands. Taman tema sudah siap tetapi belum dibuka untuk pengunjung kerana tengah melakukan pengujian. Di Pulau Sentosa, terdapat 2 buah pantai yang saya sempat saya lawat ialah Pantai Siloso dan Pantai Palawan. Di Pulau Sentosa juga terdapat Merlion yang lebih besar berbanding Merlion di pusat bandaraya. Di sini, tiada kemudahan untuk beribadat seperti surau. Kami terpaksa solat di tempat yang terbuka dan tiada orang yang lalu lalang di situ, yang penting buangkan sifat malu untuk beribadah.

Pada waktu malam, kami menonton sebuah teater yang menggunakan teknologi pancutan air. Namanya ialah The Song of the Sea. Harga tiket S$10. Pada pukul 9 malam, kami baru bertolak pulang ke Johor.

Pengajaran:
Saya pada hari ini, tidaklah merapu banyak. Saya pun ingin bagi peringatan walaupun diri saya ini terlalu berkurangan dari segi ilmu. Ada sesuatu yang di sini bernilai tetapi di sana tiada nilai. Contohnya mata wang asing, jika kita berada di Malaysia dengan duit Dolar Singapura, duitnya tidak laku di sini walaupun berjuta dolar. Begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu kita perlu menukar mata wang. Begitu juga dalam konteks dunia dan akhirat. Di dunia, pahala memang tidak boleh dirasai pancaindera tetapi ‘duit dunia’ boleh dirasa. Jika hendak buat perumpamaan, pahala dikatakan sebagai ‘duit akhirat’. Bezanya dengan duit dunia ini ialah kita perlu berusaha dengan bekerja untuk mendapatkannya. ‘Duit akhirat’ pula boleh diusahakan dengan melakukan amal kebajikan. Di akhirat kelak, hanya ‘duit akhirat’ sahaja yang boleh menyelamatkan kita, tetapi ‘duit dunia’ tidak dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak walaupun nilainya berjuta ringgit. Walau bagaimanapun, ‘duit dunia’ tetap disoal. Jika guna ke arah kebaikan, selamat dunia dan akhirat.

Di Singapura pula, seperti mana yang saya nyatakan tadi, tujuannya adalah untuk melihat budaya mereka. Setibanya di sana, rakyat di sana umpama seperti mahasiswa. Mereka berjalan membawa buku walaupun bukan berada di universiti. Oleh sebab itulah, amalkan budaya membaca. Wahyu pertama menekankan kita supaya membaca agar dapat menuntut ilmu. Seperti Margaret Fuller menyatakan bahawa “today a reader, tommorow a leader”.

Sekian, jika tersalah kata, sila bagi komen, kerana diri saya ini masih kekurangan ilmu.

5 ulasan:

mE iS aS berkata...

omg...bestnyerrrr......

Unknown berkata...

lebih best pergi KL. Tapi, kalau nak tengok kelainan budaya, lawatlah Singapura. Duit kena banyak.

mononurse berkata...

tq 4 d info,am going 2 spore nxt month..tp kalo ppuan terpaksa la solat kt tmpt tebuka juga yer..hmm..t'pksa cri timing yg seswai utk ke tmpt 2. yg pling best bab pngajaran akhir skli 2, sgt mencucuk dada..tq3..

aideeb berkata...

yup..thinking of going to singapore juga....mcm mana ya? pompuan solat tmpt terbuka jugak yer...

Tanpa Nama berkata...

i guess so..sbb ade my fren ckp,make sure pkaian kte bersih. then amik wuduk n bentang kain,juz solat. they r much more open n accepting. hopefuly...huhu gdluck!