Jumaat, 17 Julai 2009

3 Minggu di UTM

Assalamualaikum

Kehidupan tidak dinafikan memang enjoy. Enjoy, enjoy jugak janji jangan fail. Jadual saya tidak seberapa padat kalau nak dibandingkan dengan jadual mahasiswa kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan kimia. Saya amat kesian dekat mahasiswa kejuruteraan mekanikal sebab jadual terlalu padat. Pukul 6 baru habis kelas. Kalau saya, hari Rabu tak ada kelas. Hari Isnin memang padat kerana kelas ada dari pukul 8.00 pagi sampai 4.00 petang termasuk rehat waktu Zohor. Hari Isnin hari yang tak berapa seronok belajar kerana Monday Blue. Hari lain ada kelas tetapi banyak waktu kosong. Sampai mahasiswa kejuruteraan pun dengki.

Saya ambil pendidikan sebab dipaksa oleh keluarga. Saya meman tidak berminat dengan kursus ini. Walaupun senior-senior suruh menukur kursus, tetapi saya tetap dengan kursus yang saya tidak berapa minat. Antara subjek yang saya perlu ambil ialah subjek Kimia Organik, Matematik Perantaraan (Intermediate Mathematics), Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Falsafah Pendidikan Negara, Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran, dan Kurikulum Sains dan Matematik. Saya mempunyai 10 coursemate, semuanya perempuan. Bermakna saya seorang sahaja yang lelaki. Walaupun mahasiswa dari kursus lain mengatakan saya akan menjadi seorang mahasiswa yang akan terlibat gejala sosial, sebenarnya diorang ini silap. Sepanjang saya berkursus dengan ramai lelaki, saya akan jadi rosak akhlak (Rosak sikit jerr...). Biasanya, saya nak mempengaruhi perempuan memang lebih susah kalau nak dibandingkan dengan lelaki. Kalau sesama lelaki, senang terpengaruh walaupun perkara buruk. Alangkah baiknya jika kita berkawan dengan mahasiswa yang kuat pegangan agama dan baik.



Saya suka berkawan dengan senior-senior yang kuat pegangan agama dan akedemiknya bagus. Mereka semua akan membantu saya untuk menjadi seorang berjaya. Mereka sanggup meluangkan masa bersama saya untuk memberi tips untuk mendapat pointer tinggi di samping membuat halaqah ilmu. Hal ini selaras dengan hasrat Naib Canselor UTM yang ingin melahirkan mahasiswa yang membudayakan ilmu. Kita bukan sahaja mengejar akedemik semata-mata malah membudayakan ilmu dalam pelbagai aspek.

Saya juga mendapat assignment TITAS. Tajuknya "Hubungan Tamadun dengan Agama". Atas nasihat senior, saya perlu memulakan langkah untuk membuat assignment. Cara ini dapat mempercepatkan proses membiasakan diri dengan kehidupan kampus. Saya terpaksa meminjam buku yang tebal. Buku tersebut ialah al-Muqadimmah, karangan Ibnu Khaldun dan buku Tamadun dan Kesejahteraan. Buku al-Muqadimmah merupakan kitab muktabar dalam proses ketamadunan. Buku ini selari dengan tamadun mengikut konsep Islam. Buku ini amat tebal dan dikatakan hampir 1000 muka surat. Tulisannya sangat kecil. Kalau dibesarkan mungkin sampai berjilid-jilid banyaknya.

Sekian

Petunjuk:
  • Tulisan hijau merupakan subjek yang saya suka. Kesemua subjek ini, saya sudah tahu hala tuju.
  • Tulisan perang, sederhana seronok.
  • Tulisan merah, subjek yang sangat membosankan, kerana subjek ini wajib diambil oleh bakal guru. Subjek ini bosan mungkin disebabkan masih baru kepada saya, dan baru 2 minggu belajar.
**Blog ini ditulis nak tunggu solat Jumaat.
Saya harap anda semua enjoy walaupun ditulis dengan ayat skema dan ada juga tidak seberapa skema, kerana ingin memartabatkan Bahasa Melayu. Seorang pencinta ilmu mesti menulis dengan menjaga bahasa.

Tiada ulasan: