Isnin, 6 Julai 2009

Seminggu di UTM

Assalamualaikum, dan selamat pagi, tengah hari, petang dan malam.

Dah seminggu saya berada di UTM, tempohnya tak panjang, belajar pun belum mula lagi. Pada hari ini saya akan menceritakan suasana di UTM.

Kawasan UTM amat luas, kalau nak dibandingkan dengan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, berganda-ganda luasnya. Lagipun, kawan-kawan saya yang dapat kat UTM, duduk merata-rata. Jalan kaki cukup memenatkan. Kalau nak pergi fakulti pun, lepas balik, terus tidur. Sebabnya, keadaan jalan-jalan yang berbukit-bukau dan jauh kalau berjalan kaki. Cuba bayangkan jarak antara fakulti dengan kolej kediaman saya 1km? Ini pun dikira cukup dekat. Satu lagi, kalau orang yang pertama kali masuk, mungkin sesat sehingga ke hujung kampus. Memang cukup luas.

Tak apa lah, saya tak nak cerita pasal luas universiti, saya nak menceritakan pasal pendaftaran. Semasa pendaftaran, saya tidak sihat. Mula-mula sekali nak daftar, cek dulu suhu badan. Suhu badan saya melebihi 38˚C. Nasib baik tidak sampai 40˚C, kalau tak, tak pasal-pasal kena kuarantin ataupun kena kat Hospital kat tengah bandaraya Johor Bahru. Sekarang kan musim virus selesema babi H1N1 merebak. Akhirnya, saya dapat daftar. Selepas daftar, saya demam biasa. Kemudian kena masuk wad dekat Pusat Kesihatan UTM.

Minggu Haluan Siswa (MHS) lebih kurang macam minggu orientasi. Walaupun diadakan seminggu, ada 2 hari program wajib, iaitu taklimat mengenai AUKU dan Majlis Perasmian MHS yang disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Tan Sri Khalid Noordin.
Satu lagi menarik pasal UTM, UTM sepatutnya dinobatkan sebagai university yang tertua di Malaysia menerusi Sekolah Teknik Treacher yang ditubuhkan pada tahun 1904. Universiti Malaya pula ditubuhkan daripada Straits and Federated Malay States Government Medical College pada tahun 1905. Universiti Havard (university tertua di Amerika Syarikat) sendiri pada asalnya bermula dengan Kolej Havard dan Universiti Al-Azhar bermula dari madrasah di masjid Fatimiyah.

Di harap anda semua akan terus seronok membaca blog ini walaupun blog saya mempunyai ayat skema dan berfakta. Biasanya, benda-benda fakta lebih membosankan kalau dibandingkan dengan gossip-gosip kat luar sana.
Sekian.

2 ulasan:

mE iS aS berkata...

tabik r blog awk..ayat bm tue...kah3..sian awk dmm..skrg da sehat ka?

uzailun berkata...

dah sihat dah, sehari je demam