Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Digital camera and its controls
ISO
White Balance
Lenses
Photography equipment and accessories
Kepada yang masih baru berkecimpung dalam dunia fotografi, anda masih memerlukan menggunakan mod automatik. Apa salahnya jika anda menggunakan mod manual, sebagai langkah untuk menjadi seorang professional. Takkan nak gunakan mod automatik sampai ke tua. Anda kena berani mencuba mod manual. Jangan risau, ia tidak akan merosakkan kamera DSLR anda. Sebelum awak nak menjadi kononnya menjadi seorang professional, apa yang anda dikehendaki ialah anda perlu mengetahui konsep-konsep seperti berikut:
- Aperture
- Shutter Speed
- ISO
Aperture
Apa itu apecer? ops Aperture....
Apa yang menyebabkan apabila gambar kita saja yang fokus, yang belakang akan di"blur"kan?
Aperture (bukaan) atau f-stop merupakan salah satu tetapan untuk mengawal saiz bukaan lensa yang membenarkan cahaya masuk ke dalam kamera. Makin luas bukaan, makin banyak cahaya masuk, makin cerah gambar itu, dan bertambah "blur" imej belakang objek tersebut (latar belakang atau background). Gambar yang kita fokuskan ialah gambar foreground
Kalau makin "blur" background, makin cantik gambar tersebut. Akan tetapi, ada kes yang tidak memerlukan backgrond di"blur"kan. Anda ke Paris, ingin mengambil gambar kawan/saudara anda semua. Jika menggunakan aperture rendah maka ia akan menyebabkan gambar background seperti Eifel Tower akan "blur". Apa yang kita mahu ialah kedua-dua gambar foreground dan backgrounf difokuskan.
Di sini saya memberikan contoh anak Mat Salleh untuk aperture tersebut.
![]() |
Aperture f/2.8: Background di"blurkan". |
![]() |
Aperture f/22: kedua-dua foreground dan background difokuskan |
Shutter speed
Untuk menjadikan gambar berbentuk statik. Jika anda ingin mengambil gambar kipas yang sedang berpusing dengan kelajuan 5 di tombol, anda boleh menjadikan imej kipas sebagai statik dengan menggunakan shutter speed yang laju. Semakin laju shutter speed, semakin "beku" imej tersebut. Walau bagaimanapun, anda memerlukan cahaya yang mencukupi untuk menangkap gambar supaya imej tidak gelap. Jika menggunakan shutter speed yang perlahan, imej yang bergerak akan "blur".
![]() |
Shutter speed 1/40 s (0.025 saat): gambar kipas "blur" |
![]() |
Shutter speed 1/640 s (0.0015625 saat): gambar kipas nampak statik |
ISO
ISO ialah kepekaan kamera terhadap cahaya. Semakin tinggi ISO, semakin tinggi kepekaan terhadap cahaya namun ia didatangi dengan "noise" apabila ISOnya tinggi. Untuk menghasilkan gambar yang jelas tanpa "noise", ISO perlu direndahkan dan cahaya perlu diperlukan dengan banyak. Oleh sebab itu, fotografer menggunakan flash untuk menjadikan gambar semakin jelas dengan ISO rendah apabila menangkap gambar di tempat yang malap.
![]() |
ISO 100: Gambarnya jelas kerana tiada "noise" |
![]() |
ISO 3200: Wujudnya "noise" |
Jika yang tiada kamera atau yang ada kamera tapi sayang nak guna, anda boleh mencuba simulasi di sini.
![]() |
Contoh simulasi untuk kamera DSLR Canon EOS |
Rujukan:
http://www.canonoutsideofauto.ca/learn/tips.php
http://camerasim.com/apps/camera-simulator/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan