Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Datang Ramadan

Assalamualaikum

Saya sedang menantikan kedatangan Ramadan. Saya ingin menjadikan Ramadan lebih baik daripada Ramadan yang lepas. Terdapat tiga kategori manusia iaitu:
  • Berjaya - Hari ini lebih baik daripada hari semalam
  • Terpedaya - Hari ini sama seperti hari semalam
  • Celaka - Hari ini lebih teruk daripada hari semalam
Insyallah, saya akan menjadi lebih berjaya di bulan Ramadan. Saya tidak mahu bulan Ramadan ini seperti tahun lepas apabila azan lebih awal berkumandang dari masa yang sepatutnya. Akibatnya, kami seorang pelajar terpaksa menggantikan puasa walaupun hukumnya tidak berdosa. Pada ketika itu, ramai pelajar dalam keadaan tidak menentu apabila diberitahu bahawa berbuka lebih awal. Ini ialah ujian Allah yang terpaksa dilalui oleh hamba-Nya.



Berdasarkan firman Allah menerusi Surah Al-Baqarah ayat 183 (2:183)

Pertamanya, dari nas ini umat Islam dapat mengenali agama-agama lain sebagai agama samawi dengan merujuk amalan berpuasa itu. Antara agama-agama yang memiliki ciri persamaan dari sudut amalan ini, iaitu berpuasa ialah Buddha, Hindu, Kristian dan juga Yahudi. Bagaimanapun, cara bagaimana amalan berpuasa dilaksanakan, ada sedikit perbezaan.

Jenis dan martabat berpuasa itu juga berbeza-beza mengikut agama, adat budaya bangsa dan martabat kerohanian seseorang itu.

Lantaran itulah, Tuhan menyatakan di hujung ayat itu, dengan harapan, amalan berpuasa yang kita lakukan itu dapat meningkatkan martabat kerohanian kita ke darjat ketaqwaan, iaitu darjat yang teragung dan paling tinggi.

Disebutkan dalam al-Qur'an, bahawa Tuhan menyeru orang yang beriman agar mencapai darjat ketaqwaan. Ini kerana, orang yang beriman, belum tentu dapat mencapai darjat ketaqwaan. Tapi, orang yang bertaqwa, sudah pastilah mereka beriman.


Wallahu a'lam

Sekian sahaja..

Saya inginkan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan.

Tiada ulasan: