Sabtu, 15 Ogos 2009

Tempat yang Menarik di UTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Maaf jika anda tertunggu-tunggu post apa yang seterusnya. Saya sekarang sangat sibuk dengan tugasan (assignment) pendidikan yang entah apa-apa. Tugasan memang banyak dan bertimbun-timbun. Sebenarnya saya pemalas, suka buat kerja saat-saat akhir. Jadi, kualiti tugasan kurang.

Saya ingin kongsi tempat menarik di UTM pada pandangan saya.

Arked Meranti
Terletak 600m dari bilik saya mengikut ukuran saya di Google Earth. Hampir dikatakan tiap-tiap hari pergi ke Arked Meranti. Mungkin mak cik dekat Arked Meranti bosan tengok muka saya. Kolej-kolej jauh macam Kolej Tuanku Canselor (KTC) dan K10 sanggup datang ke Arked Meranti kerana makanan kat sini sedap-sedap dan banyak pilihan. Dekat sini ada menjual barangan komputer yang dikatakan berpatutan. Ia terletak antara Kolej Tun Fatimah (KTF) dan Kolej Rahman Putra (KRP). Di sini ramai kaum hawa kerana kedudukan di kawasan majoriti perempuan. Di sini terdapat kedai runcit.
Arked Meranti

Arked Cengal
Sama macam Arked Meranti tetapi di sini tidak semeriah dengan Arked Meranti. Di sini ada barangan komputer yang dijual dengan harga berpatutan. Dekat sini menjadi tumpuan orang-orang Cina dan India kerana terdapat restoran yang dikendalikan oleh kaum Cina dan India. Restoran ini dijamin halal kerana mengikut peraturan UTM, makanan haram tidak boleh dibawa masuk. Walau bagaimanapun, saya tak pernah makan dekat restoran tersebut. Terdapat banyak restoran kepunyaan orang Melayu. Terdapat juga kedai runcit, kedai gambar dan kedai gunting.

Masjid Sultan Ismail
Kenapa saya suka dengan masjid? Di masjid saya berjumpa dengan ikhwah-ikhwah yang ramai. Mereka semua sangat kuat pegangan agama. Kalau saya ada masalah, mereka sanggup tolong atas dasar ikhwah. Tiap-tiap Jumaat malam diadakan mabit (bermalam) di masjid untuk memudahkan saya bangun qiamulail dan solat tahajud serta solat subuh berjemaah diikuti dengan bacaan matsurat.

Di masjid juga terdapat ceramah-ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz-ustaz yang bertauliah serta banyak ilmu agama. Ceramah yang paling seronok ialah ceramah yang disampaikan oleh ustaz Ismail yang berlangsung pada hari Isnin.

Pandangan Masjid Sultan Ismail pada
waktu malam

Balai Cerap
Balai cerap terletak di kawasan tertinggi di kawasan UTM. Ia terletak di kawasan 120m dari aras laut (mengikut Google Maps). Setakat ini, saya dua kali melawat balai cerap. Kali pertama semasa Minggu Haluan Siswa (MHS) dan kali kedua sebulan lepas. Di balai cerap, saya boleh nampak kawasan UTM dan bandaraya Johor Bahru. Jarak antara bilik saya dengan balai cerap kira-kira 3 km dan perlu melalui Kolej 11. Jalan ke balai cerapmerupakan trek utama orang berjoging.

Warga KTHO dan Kolej 11 ke balai cerap semasa MHS

Warga KTHO di balai cerap

Permandagan Johor Bahru dari balai cerap (visual tidak jelas)

UTM dari pandangan perkarangan balai cerap

Sekian sahaja. Jika ada tempat menarik lagi, saya akan post kemudian.

Tiada ulasan: