Khamis, 1 Julai 2010

Jalan-jalan di Sekolah

Assalamualaikum

Pada 30 Jun 2010, saya melawat ke sekolah menengah saya iaitu SMK Dato' Ahmad Maher. Jarak antara pusat bandar Kota Bharu dengan sekolah kira-kira 2km. Ia berjiran dengan sekolah rendah yang saya dulu iaitu SK Sultan Ismail (2). Semasa di sekolah rendah, saya diajar mengenal ABC, Alif Ba Ta, mengira 123 sampailah dapat menguasai 3M (Membaca, Menulis, Mengira). Kemudian masuk sekolah menengah dapat mengenali dari aritmetik sampailah trigonometri dan sebagainya. Tujuan saya datang ke sekolah adalah untuk melawat guru-guru yang pernah mengajar saya setelah lebih setahun tidak melawat sekolah. Saya antara batch 2003-2007.

Setibanya di sekolah, saya dapat bertemu dengan junior saya iaitu Syawal Hafiz dan kawan-kawan yang bertolak ke khemah PBSM. Kemudian saya ke bilik guru, menemui Pn. Pak Pheng Chee disebabkan mejanya berdekatan dengan pintu.

Di bilik guru, saya sempat bersembang dengan cikgu Faizan, cikgu Abd Aziz, cikgu Zahari, cikgu Safiah, ustazah Syukriah, ustazah Najihah dan cikgu Hassan Ali. Selepas itu, saya melawat cikgu Suhaiza iaitu guru kimia saya. Saya juga dapat bertemu dengan cikgu Zamani.

Cikgu-cikgu melihat saya berubah apabila badan saya yang dulunya ibarat tengkorak hidup sekarang sudah berisi. Siap cikgu kutuk bentuk tubuh badan saya yang kurus semasa di sekolah. Tetapi tidak mengapa, memang fizikal saya kurus. Walaupun dikutuk dengan badan kurus tetapi cikgu menyanjung saya kerana pandai komputer dan setiap kali peperiksaan, selalu dapat tinggi.

Tak lupa juga, saya jumpa dengan pengawal keselamatan asrama yang dulunya menjaga keselamatan kami ketika di asrama.


Pemandangan di sekolah kami dari makmal kimia


Laman Info Maher

Kenangan di Maher

Pada awal di sekolah Maher, kehidupan saya sama seperti sekolah rendah, prestasi pembelajaran tidaklah hebat, hanya kehendak-Nya bagi keputusan mendapat baik iaitu 4A 1B sehingga dapat ditempatkan di sekolah. Setelah penggal kedua tingkatan 1, saya berjaya mengeluarkan kemponpong "kejahilan". Sebelum ini, saya selalu dibuli oleh pelajar tak kiralah sama ada sebaya ataupun senior

Pada tingkatan 2, sikap saya semakin menjadi nakal. Walaupun nakal, keputusan peperiksaan tetap cemerlang sehinggakan banyak subjek saya mendapat 90% dan ke atas. Seingat saya, 4 subjek yang mendapat markah tertinggi dalam kalangan pelajar tingkatan 2.

Semasa tingkatan 3, kenakalan saya semakin berkurang. Apa yang pelik, semakin kurang nakal, semakin jatuh keputusan peperiksaan. Di tingkatan 3, boleh dikatakan persaingan antara pelajar semakin sengit kerana PMR semakin hampir. Di tingkatan 3, sikap malas membuat kerja rumah mula melanda. Keputusan PMR yang saya dapat ialah 7A 1B.

Setelah melangkah menengah rendah, dapat jugak saya melangkah menengah atas. Di menengah atas, cabaran cukup genting. Saya terpaksa mennghadapi kejutan budaya yang amat merbahaya. Selain itu, subjek-subjek sains tulen yang difikirkan senang rupa-rupanya berkali-kali ganda lebih susah. Masa di tingkatan 4 merupakan dikatakan sebagai tahun "Honeymoon". Satu sikap yang memang ada pada saya ialah malas membuat kerja rumah sehinggakan saya antara yang terbanyak dikenakan denda dengan cikgu dalam kelas. Walau bagaimanapun, keputusan peperiksaan tetap gempak sehinggakan Fizik saya mendapat 91%. Sehinggakan saya dikatakan genius oleh kawan-kawan saya.


Hasil kerja saya di bangku sekolah

Kemudian, saya melangkah ke tingkatan 5. Di tingkatan 5, cabaran amat genting sekali. Kerja rumah banyak, latih tubi banyak dan macam-macam lagi. Disebabkan keputusan peperiksaan semakin teruk, saya terpaksa menginap di asrama. Selepas menginap di asrama, keputusan peperiksaan semakin meningkat. Ramai kawan saya tertarik memasuki asrama dan terbukti prestasi semakin meningkat dengan syarat kena rajin berusaha. Saya memang tetap malas. Jika cikgu bagi kerja rumah, bukan buat pun tetapi berjalan-jalan mengajar pelajar yang lemah mata pelajaran di asrama.

Bersama-sama Pengetua dan Farisham

Sijil penghargaan untuk kelas kami: Sampai sekarang masih digantung


Begitulah kenangan saya di sekolah. Terkenang kehebatan saya di sekolah saya di kala saya di zaman kejatuhan sekarang. Saya tetap akan meneruskan kecemrlangan saya sebagaimana saya cemerlang di sekolah dulu.

Sekolah dulu dan sekarang

Jika saya ingin bandingkan sekolah saya belajar dulu dengan sekarang, sekarang pelajar-pelajar belajar dalam selesa sekali. Sekarang, sekolah saya sudah ada macam-macam bilik. Bilik Geografi, bilik Sejarah, bilik matematik tambahan. Setiap subjek ada bilik masing-masing. Apa yang menariknya, disediakan penghawa dingin.

Cikgu-cikgu sekarang sudah pandai menggunakan PowerPoint. Banyak kelas diajar dengan menggunakan PowerPoint. Walau bagaimanapun, cara pengajaran konvesional masih lagi digunakan. Disebabkan cikgu matematik sentiasa kurang, cikgu yang dulu ajar kimia sahaja terpaksa mengajar kimia dan matematik. Ini menunjukkan cikgu sekarang serba boleh.

Sekolah Ahmad Maher sekarang merupakan sekolah cluster. Saya tidak sempat merasai sekolah sekolah kluster. Walau bagaimanapun saya berasa berbangga kerana dapat mencapai sekolah kluster.

Sekian.

5 ulasan:

Unknown berkata...

rndu dgn zaman skola. hehe. setiap ceruk ada kenangan yg x ley d lupakan :P

Unknown berkata...

betul-betul....
Mcm2 kenangan kita ada...
Tak lengkap alam persekolahan kita tanpa belajar dgn cikgu Narizan... cikgu yang sangat tegas (kalau kena marah, memang biasa) tetapi memang friendly..
Sampai dapat anugerah cikgu paling penyayang

YM : hafiz_rijalullah berkata...

Hahahaha....seronok bace entry nie...raso nok kelik mesia selalu...hohohohohhohoh

Unknown berkata...

Marilah balik.....
Balik bila?

@TeeYahFikri berkata...

hehe menarik2...
citer sal zaman persekolaahn dulu.. rndu2~~
5 thun kat sana memang banyak yg kite peroleh dan pelajari..
rndu cekgu2 kat sana..
haishh bile la nk p mlawat lg...