Khamis, 9 Jun 2011

Lamanya Cuti (2): Explore, Explore and Explore

Assalamualaikum.

Kini berbaki 3 bulan lagi untuk menghadapi semester seterusnya. Diharap cuti yang lama saya dapat mengisi masa cuti ini dengan perkara yang berfaedah.

Saya menghabiskan masa dengan menonton YouTube. Tujuannya bukan untuk berhibur sahaja tetapi untuk mencari ilham untuk menghasilkan video. Saya dengki melihat hasil kerja kawan saya yang gempak dan menarik hati. Disebabkan saya iri hati melihat kawan saya, saya terus mempelajari Adobe After Effects. Jikalau dengki, biarlah pada tempatnya.

Teringat satu hadis:
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (Al-Quran dan Hadis) serta diajarkannya pula kepada orang lain". (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Dalam hadis ini, kita dilarang iri hati kecuali dua perkara iaitu:
  • iri hati terhadap orang yang berilmu, beramal dengan ilmu kemudian mengajar kepada orang lain
  • orang yang dikurniakan harta kemudian digunakan dalam jalan Allah.

Apabila sudah iri hati, janganlah menjahanamkan orang itu, sebaliknya kita perlu sama-sama bersaing. Jika sudah bersaing, perlulah ada sikap lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

Sebenarnya, apa yang saya ingin ceritakan ialah mengenai Adobe After Effects.

Apa itu Adobe After Effects?
Adobe After Effects adalah perisian untuk mencipta gerakan grafik dan kesan visual. Ia boleh menganimasikan dalam bentuk 2D dan 3D. Ia berbeza dengan Flash dan SwishMax, hanya 2D sahaja boleh dianimasikan.


Adobe After Effects
Klik di gambar untuk melihat gambar lebih besar


Pada mulanya, agak sukar belajar Adobe After Effects. Hal ini demikian kerana, terlalu banyak antara muka (interface) yang perlu ingat dalam perisian ini. Selain itu, ia memerlukan imaginasi yang kuat untuk menghasilkan produk. Berbeza dengan Flash dan Swish hanya wujud paksi x dan y tetapi After Effects wujud paksi x, y, dan z untuk membentuk produk dalam 3D.





Saya membuat video sambil mempelajari tutorial. Tutorial dalam YouTube, kita boleh tahu proses untuk membuat satu pergerakan sama ada pergerakan grafik ataupun pergerakan kamera. Proses membuat video pada awalnya mengambil masa sehari sambil berpandukan tutorial. Sekarang, alhamdulillah, saya berjaya membuat sesuatu video tanpa berpandukan tutorial dan lebih cepat daripada sebelumnya.

Diharap dengan pengetahuan saya dalam After Effects ini, saya dapat menghasilkan video yang lebih gempak daripada sebelumnya. Sekian.

Jom layan Montaj Seminar Model Pengajaran Berkesan (bukan diterbit melalui After Effects tetapi Sony Vegas). Diharap anda semua terhibur.

3 ulasan:

mE iS aS berkata...

ya ahjushi..olam man nyong...hahah.(long time no see)

Unknown berkata...

ya, ahjumma.....hahaha
x dop idea nak update blog....

beeskennel berkata...

hen hao ..hen li hai ....ajar aku buat