Ahad, 20 April 2014

Catatan dari Tioman

Bosan dengan dunia akademik, hari-hari menghadap jurnal yang difikirkan entah apa-apa yang mereka menulis. Dalam Kampus Induk UTM yang dahulu saya katakan sebagai syurga dunia dengan dikelilingi para ilmuwan, namun ia penjara bagi saya. Oleh itu pada 17 sehingga 19 Mei, kami membebaskan belenggu kesibukan dunia akademik dengan melihat dunia luar. Oleh itu, kami ke Pulau Tioman yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur.

Percutian ke Pulau Tioman disertai oleh pelajar prasiswazah, pasca ijazah, dua orang pensyarah iaitu Dr. Johari Surif dan Dr. Nor Hasniza berserta keluarga, dan ibu bapa pelajar.

17 April 2014

Kami bertolak dari UTM dalam jam 9.30 pagi dan tiba di Jeti Mersing dalam pukul 12.00 tengah hari. Feri bertolak dari Mersing dalam pukul 2.30 petang. Perjalanan selama 1 jam setengah meredah ombak yang tidak berapa mencabar kerana bukan musim Monsun Timur Laut. Akhirnya kami tiba di Kampung Genting Tioman pada pukul 4.00 petang. Kami disambut oleh kru-kru dari chalet Idaman Beach Holiday dengan mengangkut barang dengan menggunakan motorsikal. Kami hanya berjalan kaki sahaja.
Di Jeti Mersing. Usah kata di Pulau Tioman sudah seronok, di jeti Mersing dah mula melompak tidak sabar untuk menjejaki kaki ke Pulau Tioman.

Laluan Feri dari jeti Mersing ke Pulau Tioman melintasi beberapa buah pulau yang cantik
Ini masih di Jeti, jelitawan-jelitawan Fakulti Pendidikan senyum lebar. Kalau sudah jejak ke Pulau Tioman, saya pun tidak tahu berapa panjang lebar senyuman.
Sesudah check in di chalet, kami terus terjun menuju ke laut yang sangat jernih. Di laut, kami memperlajari beberapa kemahiran untuk berenang di laut dan terapungkan badan di laut sambil melayan kenakalan anak Dr. Johari. Nasib baik mereka pandai berenang. Dengki saya melihat anak Dr. Johari pandai berenang.

Ada yang saling selfie dengan pelbagai gaya dan pelbagai sudut pandangan. Ada yang mempraktiskan apa yang diajar dalam kuliah MPT 1483 - Penerbitan Teknologi Visual (lihat pada Dunia Lensa).

Sarah: Radhiah, salah tu.
Radhiah: Apa yang salah?
Sarah: Sepatutnya apply la Rule of Third. Cuba alihkan sikit kamera.
Radhiah: Saya bukan nak buat Rule of Third, tapi nak buat komposisi Rule of Seventh.
Sarah: @#%$^%$^
(dialog hanya rekaan semata-mata)

Hari pertama saya sudah melihat keriangan mereka. Lebar senyuman boleh diukur dengan sebatang pembaris 20 cm. Rugi kepada sesiapa yang nak pergi tetapi tarik diri.

"Tak kenal maka tak cinta tahu latar belakang".Pada sebelah malam, kami melakukan seisi takruf bersama adik-adik junior yang bakal menamatkan pengajian. Kami berkongsi suka dan duka selepas menamatkan seisi pembelajaran sewaktu zaman ijazah pertama dahulu. Selepas melakukan seisi takruf, kami kononnya melakukan nightwalk untuk menuju ke tempat membeli belah yang menjual cenderamata. Hanya saya sahaja hero yang nightwalk bersama-sama jelitawan UTM, hero yang lain tersungkur di atas katil kerana penat atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan. Antara cabarannya ialah melalui di tepi kubur pada waktu malam Jumaat.

Menemui checkpoint dalam aktivit nightwalk konon-kononnya
Selepas menemui checkpoint di kedai cenderamata, kami terus pulang ke chalet masing-masing disebabkan hampir tengah malam iaitu pada pukul 11.00 malam. Saya ingatkan senang menjadi hero sebagaimana dalam plastik TV LCD (dahulu kaca TV) seperti cerita superman, rupanya susah juga.

18 April 2014

Aktiviti pertama ialah qiamulail, solat subuh, dan dengar tazkirah yang disampaikan oleh Dr. Johari Surif. Antara petikan yang saya dapat ingat ialah:

Kita berada di landasan keilmuan. Jadilah seperti Imam al-Syafie walaupun miskin tetapi semangat mencari ilmu sangat tinggi.
Kita bercuti supaya kita dapat keluarkan diri kita dari kotak. Kita perlu menikmati keindahan ciptaan Allah. Ada seorang yang sudah tahu mengenai Islam tetapi mahu memeluk Islam. Untuk memeluk Islam, beliau mahu Allah menunjukkan kebesaran Allah dengan menunjukkan keajaiban di depan mata beliau. Tiba-tiba beliau terbaca satu ayat lebih kurang bermaksud apa yang berada di langit dan di bumi sudah menunjukkan kekuasaan Allah. Tak payah cakap langit, bulu mata yang dekat dengan kita pun tidak terkira jumlahnya.

Untuk melatih kita bersyukur, pergilah merantau ke negara-negara yang kurang membangun daripada Malaysia seperti India. Hotel di India sahaja sudah ada kawalan keselamatan yang ketat seperti memasuki lapangan terbang. Hotel dipagari dengan tembok yang tinggi supaya tidak melihat dunia luar yang terlalu daif.

Itulah perkongsian yang disampaikan oleh Dr. Johari Surif mengenai landasan keilmuan dan perlunya ada rasa bersyukur. Maaf pada waktu itu telefon genggam saya hampir kehabisan bateri jadi saya tidak dapat mencatat dengan menggunakan Kepala Gajah (Evernote)

Aktiviti yang paling seronok pada hari itu ialah membeli-belah dan bersnorkel (snorkeling). Pada mulanya kami bersnokel di Taman Laut Tioman. Di sini kami berlatih bersnokel sehingga wujudnya ketahanan untuk bersnokel dengan lebih lama. Kami juga dapat melihat ikan-ikan tetapi malangnya tidak menemui ikan yang sama seperti dalam filem animasi Finding Nemo (2003). Bersnokel berbeza dengan skuba diving. Kami hanya memakai jaket keselamatan dan tidak boleh tenggelam seperti skuba diving. Untuk melakukan skuba diving, kosnya sangat tinggi dan memerlukan latihan.
Perjalanan membelah ombak mencari ketenangan yang sementara (sebab hidup di Dunia)

Best tau naik bot. Rugi siapa yang tak ikut kami. Maaf, saya ada sepasang tangan untuk like.

Selepas bersnorkel di Taman Laut, kami meneruskan perjalanan ke pulau yang kecil tetapi dikelilingi dengan terumbu. Pulau tersebut ialah Pulau Renggis. Di permukaan laut sekitar Pulau Renggis sangat mencabar apabila kami seolah-olah dihanyutkan oleh arus laut. Di sinilah kami dapat melihat terumbu karang tetapi tidak beberapa jelas. Kami juga dapat melihat beberapa orang menyelam menggunakan skuba diving. Waktu inilah ramai yang tersenyum lebar. Kalau pakai metre rule memang tak mencukupi, sebaliknya gunalah pita pengukur untuk mengukur jarak senyuman.

Pulau Renggis: Tempat untuk bersnorkel yang kedua

Sedia untuk terjun bersnorkel ke laut pada waktu hujan

Selepas pulang dari bersnorkel, kami terus mandi di laut. Dalam waktu petang, sudah dua kali kami bermandi manda di laut.

19 April 2014

Seperti biasa, awal pagi ada solat subuh berjemaah dan pengisian dari Dr. Johari Surif. Beliau mengklasifikasikan beberapa jenis iman antaranya ialah iman para malaikat, iman iblis, iman nabi, dan iman manusia biasa, Iman para malaikat grafnya bersifat constant, iman iblis pada awalnya sangat hebat berbanding dengan malaikat namun disebabkan kesombongan selepas nabi Adam dicipta namun iman iblis jatuh. Iman para nabi semakin lama semakin meningkat. Kalau iman manusia biasa macam kita ibarat ombak. Sekejap naik sekejap turun.

Sebelum pulang ke Semenanjung, kami meneruskan lagi aktiviti mandi-manda di Laut China Selatan. Apa gunanya jika lautan indah tidak dimanfaatkan dengan bermandi mandi. Di sinilah saya melatih diri menyelam dan berenang dengan pantas.

Selepas itu, kami bersiap dan pulang ke Semenanjung untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar yang masih segar ingatan mengenai Tioman.


Motor yang ada gear reverse. Ini merupakan satu-satunya gambar yang saya tangkap dengan menggunakan telefon pintar saya.
Setakat itu sahaja entri kali ini. Semoga perjalanan ke Pulau Tioman memberi memori yang indah buat kami yang sekarang berada di saat-saat mahu penempatan guru. Tarikh penempatan guru pun entah bila akan keluar.

Terima kasih kepada Dr. Johari Surif kerana mengajak saya untuk mengenali dunia luar. Tidak lupa terima kasih kepada rakan-rakan kerana menghidupkan suasana percutian kami.

Nota Kaki

Tetapi muka saya di mana?
Saya hanyalah penulis, bukan tukang foto. Kesemua gambar yang saya dapat dicedok dari rakan-rakan saya yang suka berfoto. Nak bukti saya berada di Tioman? Ini dia:
Peristiwa nightwalk pada malam Jumaat
Uzailun: I'm only hero.
Semua kecuali Syima: kami setuju.
Uzailun: mentang-mentang kau Palapes.....(sila sambung ayat)
(dialog ini hanyalah rekaan semata-mata, jangan percaya bulat-bulat, nanti rosak bangsa, agama dan negara)

Say cheese... 1, 2,3...Alamak!!! Rashid tak ada.

Driver bot: Budak-budak ni, menyemak jer. Orang tengah drive bot ni, kau pergi kacau. Kan aku langgar jeti baru kau tahu. (dialog ini hanyalah rekaan semata-mata, nak baca boleh, percaya jangan)
Empat orang hero dikelilingi oleh bunga larangan



Tiada ulasan: