Rabu, 2 April 2014

Dari Pandangan Lensa: #4 - Exposure

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri kali ini merupakan kesinambungan dari entri yang sebelumnya iaitu anda perlu mengetahui apa itu ISO, shutter speed dan aperture (bukaan). Setelah mengambil ketiga-tiga aspek tersebut, fotografer perlu mengetahui aspek yang lain iaitu exposure (dedahan).


Exposure

Exposure atau dedahan dalam istilah fotografi ialah jumlah cahaya yang dibenarkan untuk menumpu pada filem atau pengesan imej. Imej yang terlalu banyak cahaya dikenali sebagai overexposed manakala imej yang kurang cahaya dikenali sebagai underexposed.

Untuk menentukan sama ada bilangan cahaya masuk secara berlebihan atau berkurang, di dalam LCD kamera ada memaparkan seperti gambar rajah di bawah:
Paparan di kebanyakan kamera Nikon
Fotografer perlu melihat indikator seperti gambar rajah di atas. Jika indikator menunjukkan "O", ini menunjukkan imej anda pada exposure yang optimum iaitu ia tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Terdapat beberapa faktor yang menentukan exposure iaitu:

  • Aperture - bilangan cahaya yang didapti
  • Shutter speed - berapa lama cahaya masuk
  • ISO - sensitiviti sesuatu badan kamera
Terdapat beberapa teknik untuk menangkap gambar supaya exposure menjadi optimum. Dalam tetapan (setting) manual, jika anda ingin mengekalkan aperture yang besar (nilai aperture kecil), anda perlu menaikkan shutter speed supaya tidak terlalu terlalu overexposed. Jika anda ingin shutter speed yang tinggi tetapi tidak mahu underexposed anda perlu menurunkan nilai aperture agar banyak cahaya masuk menuju ke sensor. Jika tidak kedua-dua, naikkan lagi ISO.

Histogram


Selepas menangkap gambar, jika kita ke playback untuk melihat semula gambar, ada beberapa tetapan untuk mengeluarkan histogram. Dalam kamera digital sendiri pun sudah ada histogram. Apa histogram yang menunjukkan seperti gunung-ganang dalam kamera?

Histogram dalam kamera
Histogram secara asasnya sebuah graf yang mewakilli julat maksimum cahaya yang boleh ditangkap. Histogram sebenarnya memang berbentuk seperti puncak gunung. Paksi mengufuk dikenali sebagai tahap kecerahan, dari gelap (kiri) hingga ke cerah (kanan). Paksi menegak dalam graf histogram ini mewakili bilangan piksel dalam sesuatu pada tahap kecerahan. Di sebelah kiri histogram mewakili kawasan di mana nilai gelap maksimum yang boleh direkod oleh kamera. Manakala, di bahagian kanan mewakili bilangan putih yang boleh direkod oleh kamera. Jika imejnya gelap disebabkan underexposed maka, puncak gunung dalam histogram cenderung ke kiri.

Contoh penggunaan histogram

Contoh penggunaan histogram dalam situasi berbeza

Setakat itu sahaja entri saya kali ini.

Rujukan:
  1. http://www.cleanimages.com/Article-UnderstandingYourDigitalCamerasHistogram.asp
  2. http://www.digitalcameraworld.com/2012/04/18/how-to-read-a-histogram-photography-cheat-sheet/

Tiada ulasan: