Jumaat, 4 April 2014

Dari Pandangan Lensa: #5 - Hasil Tangkapan Fotografi Melalui Mod Manual (Tugasan 2, Bahagian 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Inilah hasil kerja saya yang saya lakukan selama beberapa minggu mempelajari kursus MPT1483 - Penerbitan Teknologi Visual. Kesemua gambar ini ditangkap dengan menggunakan mod manual. Beberapa ketetapan yang saya ubah iaitu shutter speed, aperture, dan ISO.

Sila klik mana-mana gambar untuk membesarkan imej.

Set 1: Air Menerjun


Gambar ini menunjukkan air sedang menerjun. Prioriti pada gambar saya ialah pada shutter speed. Semakin perlahan shutter speed, semakin licin air untuk menerjun. Jika shutter speed tinggi, air seolah-olah kelihatan beberapa kristal yang keras. Untuk menggunakan mod semi-auto, anda perlu memilih shutter priority. Namun saya tidak menggunakan semi-auto malah saya menggunakan mod manual. Gambar ini dirakam pada sekitar 5.30 petang di Tasik Ilmu, UTM. Oleh sebab itu saya menggunakan ISO maksimum sehingga 800. Saya berfoto waktu itu kerana ingin memudahkan gambar terakhir dalam foto ini ditangkap pada shutter speed yang perlahan. Saya menggunakan tripod untuk kestabilan menangkap gambar terutamanya pada shutter speed perlahan.

Set 2: Kipas Berpusing



Gambar ini saya mengutamakan perubahan shutter speed. Semakin laju shutter speed semakin kaku gambar tersebut. Gambar ini dirakam dalam bilik saya sendiri dengan sokongan penggunaan tripod. Penggunaan ISO dalam bilik yang nampaknya suram kerana ditutup dengan langsir dengan menggunakan ISO 800. Jika shutter speed  terlalu pantas, maka masa cahaya didedahkan sangat singkat dan gambar menjadi underexposed iaitu menjadi gelap. Oleh sebab itu, saya memerlukan penggunaan flash dalam menangkap gambar.

Set 3: Paip Menghujani



Gambar ini sama sifat seperti Set 1 dan Set 2 iaitu mengutamakan shutter speed. Gambar ini ditangkap dalam bilik air seorang kawan saya di K11, Kolej Tun Razak, UTM Skudai. Jika shutter speed terlalu tinggi, maka air mengalir seakan-akan seperti kristal. Penggunaan ISO sangat tinggi disebabkan bilik air dalam keadaan malap. Aperture saya gunakan antara nilai yang paling rendah kerana keupayaan lensa tersebut setakat itu sahaja dan gambarnya dizoom secara optik yang paling jauh.

Set 4: Tasik Berilmu



Gambar ini lain dari yang lain kerana hanya set ini fokus kepada perubahan aperture. Gambar ini dirakam di Tasik Ilmu UTM dengan subjeknya sebatang tiang wakaf. Keadaan pada waktu itu sangat kering kerana kemarau panjang. Jika kita rendahkan aperture maka subjeknya kelihatan jelas manakala latar belakang menjadi kabur. Jika menggunakan aperture tinggi, maka latar belakang nampak jelas. Disebabkan waktu itu waktu tengah hari, maka saya menggunakan ISO hanya 100. Walau laju shutter speed sekalipun namun tidak ada yang boleh pakai sebab gambarnya semuanya tidak bergerak kecuali air. Saya pun ada mencuba dengan ISO 400, maka shutter speed perlu dinaik tinggikan lagi.

Set 5: Rumah Ditumpang


Yang terakhir sekali ialah gambar Scholar's Inn. Gambar ini lain dari yang lain kerana mengambil pada waktu malam. Cabaran pada waktu malam ialah memerlukan pendedahan cahaya dengan lebih lama dengan menukar shutter speed yang lebih perlahan. Oleh sebab itu, kita mesti memakai tripod untuk menstabilkan kamera. Sekali bergoyang sedikit, ia menjejaskan imej tersebut. Antara shutter speed yang paling perlahan tanpa menggunakan tripod tetapi imejnya tidak terjejas ialah 1/30 saat. Dalam gambar ini, prioriti saya ialah pada ISO. Walaupun sudah mengubah ISO ke 100 dengan harapan tiada noise, namun dalam data Exif mengatakan bahawa ISO menjadi 1100. Maka ISO yang paling rendah saya boleh dapat ialah 220 dengan menggunakan ISO 200. Jika menggunakan ISO tinggi, maka ia akan menyebabkan wujudnya noise. Walau bagaimanapun, jika gambar dikecilkan, kesan noise tidak kelihatan. Untuk pengetahuan anda, Scholar's Inn merupakan sebuah tempat penginapan yang mempunyai 2 bilik tidur, 1 bilik mandi, dan 1 dapur. Sewa di sini amat berpatutan dan banyak kemudahan-kemudahan di sekeliling seperti Pak Lah Cafe dan Kedai Runcit Azah. Selain itu, keselamatan insya Allah terjamin kerana berada di dalam kampus. Inilah peluang saya untuk mempromosikan Scholar's Inn.

Setakat itu sahaja entri untuk topik fotografi.

Sinonim dan definisi:

Aperture - F-Stop
Shutter Speed - Exposure time
Data Exif (Exchangeable image file format) - piawaian untuk mengkhususkan format untuk imej, suara dan tag sampingan pada kamera digital, pengimbas dan kamera telefon pintar.

Tiada ulasan: