Khamis, 4 Jun 2009

Rancangan TV yang Saya Tonton Semasa Cuti

Ahad yang membosankan (bunyi macam dalam TV9). Tontonilah Perman....hahaha...

Takdelah....Sebenarnya, saya ingin berkongsi rancangan TV apa yang saya kerap tonton... biasalah, cuti, tak terlepas daripada dugaan televiyen...

Wonder Pets



[Semua] Wonder Pets, Wonder Pets kami datang
[Semua] Membantu anak haiwan yang kesusahan
[Ming-Ming, anak itik] Kami tak besar
[Tuck, anak kura-kura] Kami tak kuat
[Semua] Bila bekerjasama semua jadi mudah
[Semua] Yeah, Wonder Pets
[Semua] Yeah

Hahaha, begitulah nyanyian Wonder Pets... Kartun ini ditujukan untuk kanak-kanak... Mesejnya amat jelas dan berguna... iaitu kerjasama

apa yang penting?
kerjasama

Macam mana saya boleh minat kartun ni? Semasa cuti pertengahan semester 1 matrikulasi (Ogos 2008), saya pergi KL kat rumah abang saya. Saya duduk kat KL (padahal Rawang, sajer nak bunyi nampak glemer sikit) selama seminggu. Masa hujung minggu memang best, sebab abang saya selalu bawa saya berjalan-jalan. Tapi, kalau hari bekerja, memang membosankan...sebab abang saya kerja. Dalam keadaan terseksa kerana kebosanan, saya tonton cerita Wonder Pets secara tak langsung, saya tonton bersama dengan anak saudara yang setia dengan Wonder Pets... Dia siap menyanyi lagi... saya pun rasa kelakar tengok benda ni... lama-lama jadi minat.

P/S: Kepada kanak-kanak yang baca blog, jangan kecik hati yer... Bagi kami memang kelakar... Kalau bagi kanak-kanak, anda sedang belajar erti kerjasama... Kalau nak bandingkan dengan saya, darjah 4 baru kenal erti kerjasama (pasal dulu tahun 2000, Wonder Pets tak wujud).

Tontonlah Wonder Pets setiap hari pukul 2.00 petang di TV9

Kappa Mikey




Inilah cerita Kappa Mikey, seorang warga Amerika, datang ke Jepun bekerja sebagai pelakon dalam sebuah cerita aksi dipanggil sebagai LilyMu. Pada masa yang sama, dia mengejar populariti sebagai pelakon terkenal di Jepun...

Cerita ini dihasilkan oleh kebanyakan animator-animator dari negara Amerika Syarikat. Animasi yang mereka hasilkan menyamakan dengan animasi Jepun dengan corak-corak penyampaian seperti identiti Jepun. Namun begitu, cerita ini memaparkan banyak sifat-sifat hiperbola (perbandingan yang melampau).

Aksi yang saya sukar lupakan dalam cerita dan menyebabkan saya minat cerita ini ialah aksi kanak-kanak nakal memasukkan gajah dalam studio LilyMu. Kanak-kanak menjadi agresif disebabkan oleh terpengaruh dengan Kappa Mikey yang mengajar kanak-kanak menjadi ganas.

Bagaimanapun, cerita ini best dan amat melucukan...

Tontonlah Kappa Mikey setiap Isnin - Khamis jam 4 petang di TV9

Hagemaru
Kalau nak tengok, tengoklah



Inilah gelagat Hagemaru yang amat mencuit hati... Memang kelakar gila. Memang kreatif betul animator cerita ni. Hagemaru merupakan pelajar pintar kerana perangainya pelik. Latar belakang keluarga yang pelik dan kedekut serta terlalu berjimat menyebabkan cerita ini menjadi lucu.

AMARAN: Kepada kanak-kanak, jangan tiru aksi ni. Aksi ini amat tak masuk akal. Jalan cerita cuma untuk menjadikan sebuah cerita ini lucu...

Tontonlah cerita Hagemaru setiap hari pukul....ermmm ...entah...selalu ada

Ninja Boys

Teringat masa saya darjah 4 dulu (tahun 2000), cerita ini disiarkan di TV3 melalui rancangan KFC Hour. Cerita ini menceritakan tiga sekawan yang bernama Kirimaru, Rantaro dan Shinbe belajar di sekolah ninja untuk menjadi seorang ninja yang hebat. Ketiga-tiga pelajar ini juga memaparkan kisah-kisah yang lucu melalui misi mereka untuk menyelesaikan masalah disamping untuk menjadi ninja yang cekap dan tangkas.

Itu sahaja dari saya...

Kalau ada benda yang terbuku di hati saya, saya akan update post ini...

Sekian...

4 ulasan:

Unknown berkata...

hehe..nana pown mnat gak tgk..bosan kn

Unknown berkata...

yup, bosan sungguh kat rumah...
bila lah nak abih cuti?

Unknown berkata...

laaa, rupanya daun saderi ni daun sup. sy suka makan daun sup. patutlah, suka tengok cerita wonder pets...hahaha

mE iS aS berkata...

haha..sy tgk ninja boys je..tp dlu la..skrg xda..sbb xbest da..suara diorg da lain..