Selasa, 22 Jun 2010

Saya dan OS

Teringat kata-kata kawan saya "beruntungnya kanak-kanak kecil, kecil-kecil dah pandai dah guna komputer". Tetapi, saya nak mematahkan hujah. Kalau kanak-kanak kecil dah pandai guna komputer, saya pula dapat merasai pelbagai jenis komputer dan OS (sistem operasi).

Berbalik kepada OS, komputer saya pernah guna semasa kecil ialah komputer yang tidak diketahui OSnya. Mungkin MS-DOS sahaja ataupun Windows 3.0.


Saya nak ceritakan pengalaman menggunakan komputer pada awal usia saya. Abang saya membeli komputer semasa berumur 6 tahun (1996). Ketika itu, kami menggunakan Windows 95. Agak canggih ketika itu dan ketika itulah, saya baru mengenali tetikus (mouse).

Camnilah boot screen Windows 95




Inilah antara muka (interface) Windows 95

Permainan
Antara permainan PC yang pernah saya main menggunakan Windows 95 ialah LodeRunner. Ketika itu, grafik cukup mantap ketika itu. Selain itu, permainan saya pernah guna ialah Solitaire (sebuah permainan menggunakan daun terup). Kali pertama saya dapat bermain Solitaire semasa saya berumur 6 tahun. Semasa kali pertama bermain, saya sudah tahu cara bermain selepas abang menunjukkan. Saya bermain sampai tertidur lewat kerana tidak dapat menghabiskan permainan. Akibatnya, abang saya suruh shut down komputer.

PowerPoint
Disebabkan saya mempunyai sikap ingin mencuba, saya berjaya menggunakan Microsoft PowerPoint tanpa tunjuk ajar sesiapapun. Ketika itu, mungkin saya berumur 7 tahun, sudah pandai menggunakan PowerPoint. Ada ketika, sampai kakak saya minta saya tolong ajarkan menggunakan PowerPoint kerana hasil kerja saya yang saya lakukan amat menarik. Ketika itu, tidak banyak kosa kata bahasa Inggeris yang saya kuasai. Saya hanya bermain tekan-tekan sahaja. Alhamdulillah, komputer abang saya tidak dapat dijahanamkan!!!

Paint
Aplikasi yang saya main cuba-cuba ketika itu ialah Paint. Disebabkan tabiat saya suka melukis, akhirnya saya dapat melukis menggunakan Paint.

Setakat itu sahaja entri saya pada kali ini. Saya akan bersambung kepada Windows 98 pula.

Rabu, 26 Mei 2010

Viva!!!

Post yang lepas (Broadband dan TV Card) menerangkan benda dunia yang saya tayangkan di mana tidak semua yang dapat berpeluang memilikinya. Sekarang saya nak menayangkan sebuah barangan di dunia yang termahal yang saya pernah miliki. Apa benda? Awak baca entri ini sampai habis. Kalau dah tau, memang saya tak pandai saspen.

Pada mulanya, saya berasa penat apabila pergi kuliah dengan jalan kaki. Kalau tidak berjalan kaki, saya naiki bas. Kadang-kadang, atas ihsan kawan-kawan saya, mereka bagi tumpang motorsikal. Disebabkan kesusahan semasa pengajian di UTM, Ma saya bersetuju untuk membeli kereta Perodua Viva. Walau bagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan keputusan untuk membeli Viva kerana menyusahkan Ma saya walaupun Ma saya berjanji hendak membayarkannya.

Kebetulan abang saya ingin beli kereta baru, akhirnya abang saya ingin memberi kereta Kancil yang dibeli tahun 2004. Saya pun gembira sebab lepas ni dapat berjalan-jalan semasa cuti. Tetapi harapan untuk memiliki kereta Kancil hancur apabila Ma suruh belikan Viva. Hal ini disebabkan masalah teknikal yang menyebabkan abang saya membatalkan hasrat membeli kereta baru.

Akhirnya saya dapat juga kereta Viva Elite pada 24 Mei 2010. Walaupun saya ada kenderaan, saya tidak seperti orang lain. Apabila orang lain dapat kenderaan, mereka terus merayau-rayau ke merata-rata tempat. Kalau saya, ke mana saya nak merayau-rayau?

Saya nak ceritakan kelebihan Viva Elite:
  • stereng berkuasa
  • tingkap berkuasa
  • pintu buka 90˚
  • pusing dalam jejari kecil
  • pemain cekera padat mp3
Ingin mengetahui maklumat lanjut, sila klik di sini.





Dengan adanya kereta Viva, saya berharap dapat menggunakan kenderaan ini ke arah kebaikan. Antaranya:
  • Memandu dengan mematuhi peraturan jalan raya
  • Tidak menjadikan kereta sebagai tempat maksiat
  • Tidak mengunjungi tempat maksiat
  • Kereta dijadikan alat untuk merapatkan ukhwah
  • Menjadikan status sosial saya semakin tinggi

Inilah pengorbanan Ma saya sanggup membelikan kereta. Tetapi pengorbanan saya terhadap Ma saya pun rasa kecil macam atom hidrogen. Apabila saya sudah bekerja, barulah saya membayar kereta Viva.

Alhamdulillah kerana dapat memiliki kereta ini walaupun bukan kereta impian saya. Kereta impian saya ialah kereta (lihat di bawah).


Kereta sorong, senang nak angkut barang yang berat ke merata-rata tempat

Apa yang penting, kenderaan yang kita hendak miliki ialah kenderaan yang dapat menolong kita melintas titian sirat di akhirat kelak.

Setakat itu sahaja tayangan barangan dunia.

Khamis, 6 Mei 2010

BBQ di rumah Izyan

Assalamualaikum

Pada 20 April 2010, kami mahasiswa pendidikan mengadakan jamuan BBQ di rumah Izyan di Johor Bahru. Ia diadakan sehari selepas Peperiksaan Akhir Tahun tamat. Antara yang terlibat ialah:
  • Saya sendiri (SPC)
  • Buqori (SPM)
  • Faqih (SPF)
  • Din (SPF)
  • Pdut (SPF)
  • Rafiq (SPF)
  • Dayat (SPF)
  • Dini (SPF)
  • Ain (SPF)
  • Izyan (SPF)
  • Aida (SPF)
  • Fieza (SPM)
  • Cah (SPM)
  • Ibu kepada Izyan
  • Ayah kepada Izyan, Ismail
  • Adik Izyan

Pemangganan ayam bermula pada pukul 5.00 petang. Nasib baik dengan bantuan ibu Izyan, dapat menjalankan pembakaran dengan lancar.



Pada waktu malam selepas Isyak, kami mengadakan makan malam. Kemudian kami disajikan dengan tayangan video yang diterbit oleh Izyan.

Untuk melihat video Izyan, klik di sini (untuk sesiapa yang ada Facebook)

Selepas makan, kami dapat mendengar nasihat daripada ayah Izyan. Beliau berpesan supaya menjadi cikgu yang dapat menjalankan amanah dengan sempurna.

Semester depan kami tidak lagi "junior". Kita setapak untuk mendapat gelaran "senior".

Sekian. Lihatlah video yang saya terbit di bawah.

Isnin, 3 Mei 2010

Kena Tag Lagi

(a) Tulis 23 perkara rawak (random) tentang diri anda (tak kisah ler benda tu fakta ke angan-angan ker cita-cita ker imaginasi ker tentang 'body' ker awek, pakwe, makwe etc.)
(b) Tag lak benda ni kepada rakan blog anda (sekurangnya 5 orang)
(c) Kalau tak ikut peraturan, di mana keseronokan "TAG-TAGGED-TAGGING" ni :)

  1. Nama saya Uzailun Nafais bin Zainal Abidin
  2. Belajar di UTM
  3. Mengambil kursus Sains serta Pendidikan (Kimia)
  4. Cita-cita menjadi pensyarah tetapi bakal jadi guru di sekolah
  5. Tinggal di Kelantan
  6. Dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik
  7. Dahulu belajar di SMK Dato' Ahmad Maher dan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
  8. Anak bongsu dari 8 adik-beradik
  9. Masih lagi "single" (ada orang yang mempertikaikan)
  10. Terlalu hidup dalam keselesaan
  11. Manja
  12. Pandai dalam bidang ICT (kononnya)
  13. Suka warna biru
  14. Pernah pergi luar negara (Singapura jer)
  15. Suka berjalan-jalan mengelilingi Malaysia
  16. Tidak pernah sampai di Sabah dan Sarawak
  17. Pandai membaca dan menulis dalam bahasa Korea tetapi tidak mahir menterjemah
  18. Minat mempelajari bahasa asing terutamanya bahasa Arab, Korea dan Jepun
  19. Lemah dalam bahasa Inggeris
  20. Suka main DOTA
  21. Sekarang tengah mempelajari "video-editing"
  22. Suka dengar lagu Maher Zain
  23. Sudah tiada idea nak menulis

Orang yang bertuah

Orang yang belum pernah tag oleh sesiapa dalam "Komuniti Saya" --->

I was tagged by Nana

Respond to Nana

1- FIVE name that people call you

- Uzailun; Standard name
- Jay lun; Mostly my friends
- Jalun; Friends of matriculation and after matriculation
- Adik; my family
- Pak Su; my family especially for niece and nephew

2- FIVE important dates in your life

- 8 March, My birthday
- 10 Syaaban, My birthday in Islamic Calendar
- Holiday date
- Quiz, test and exam date
- Date in my schedule


3- FIVE things that you done yesterday

- Facebook
- Reading Solusi: Panduan Hidup Bersyariat
- Play Dota
- Cleaning my home
- Edit video with Sony Vegas

4- FIVE ways to be happy

- Near to Allah
- Always close to musolleh
- Keep evaluation
- Listen to Maher Zain's songs
- Get new skills in ICT

5-FIVE favourite movies

- Tsunami (Korean Movie)
- Kungfu Panda
- Doraemon the Movie
- Scary Movie
- Mr Bean Holiday

6- FIVE favourite hobbies

- Facebook
- Reading books
- Play dota
- Surfing internet
- Sleeping

7- FIVE favourite people

- Rasulullah
- Mother
- Father
- Mehmet II (Sultan Muhammad al-Fateh)
- Umar bin Abdul Aziz

8- FIVE favourite places for vacation

- Mecca
- Medina
- Korea
- Japan
- London

9- FIVE reasons you answers the survey

- Tagged by Nana
- Long time not publish my post in my blog
- Now is afternoon, cannot go out from my home
- Bored
- Up to me


10- FIVE persons to tag

- http://adamhaiqal1036.blogspot.com/
- http://gkin.blogspot.com/
- http://simplytallmeme.blogspot.com/
- http://starqeh.blogspot.com/
- http://larndoo.blogspot.com/

*Those who have tagged, please respond my questions....

Sabtu, 3 April 2010

Jalan-jalan di Singapura

Pada hari Sabtu (23 Januari 2010) saya ke Singapura diteman oleh Zulhafiz. Tujuan saya ke Singapura adalah untuk makan angin. Sebenarnya ada tujuan lain, ingin melihat budaya mereka. Bajet asal untuk ke Singapura ialah RM75. Sebelum ke Singapura, sebungkus roti beserta biskut dibawa kerana makanan di sana dikatakan harga dua kali ganda mahal. Jika nasi di sini RM3 tetapi di sana pun S$3. Kami menukar duit RM150 kepada S$61.20.

Jarak antara UTM dengan CIQ Tuas, Singapura dan Pusat Bandaraya Singapura masing-masing 40km dan 70km. Selepas melakukan pemeriksaan di CIQ Tuas, kami berjalan ke Pusat Sains Singapura (National Science Center). Harga tiket sebanyak S$6. Kami diarahkan supaya berada di Pusat Sains oleh ketua rombongan selama sejam. Masa yang diperuntukkan, amatlah sedikit. Dalam sejam, satu aras pun belum habis diteroka.

Selepas itu, kami berjalan ke Masjid Sultan di Kampung Gelam. Suasana di Kampung Gelam seakan-akan berada di Pulau Pinang kerana warisan penjajahan British amat dijaga. Di Masjid Sultan, kami dapat melakukan solat Zuhur. Kami tidak mendapat rukhsah solat kerana perjalanan kami tidak sampai 2 marhalah. Lagipun, jarak antara Johor dengan Singapura bukan jauh sangat. Di Kampung Gelam, kami membeli-belah. Kalau barang selain makanan memang murah. Enam keychain yang saya beli berharga S$ 2.

Masjid Sultan
Selepas ke Kampung Gelam, kami meneruskan perjalan ke Sentosa. Sebelum kami sampai ke Sentosa, kami melawat Merlion Park. Tempat ini yang paling penting sekali kerana di situ terletak tugu singa laut (Merlion). Di sinilah kami sempat bergambar dengan berlatar belakang Merlion dan bangunan pencakar langit Singapura. Kalau tidak bergambar, macam mana orang nak percayakan kita ke Singapura!
saya di Merlion Park

Destinasi terakhir ialah Pulau Sentosa. Di Pulau Sentosa terdapat sebuah taman tema yang akan menyaingi Genting Highlands. Taman tema sudah siap tetapi belum dibuka untuk pengunjung kerana tengah melakukan pengujian. Di Pulau Sentosa, terdapat 2 buah pantai yang saya sempat saya lawat ialah Pantai Siloso dan Pantai Palawan. Di Pulau Sentosa juga terdapat Merlion yang lebih besar berbanding Merlion di pusat bandaraya. Di sini, tiada kemudahan untuk beribadat seperti surau. Kami terpaksa solat di tempat yang terbuka dan tiada orang yang lalu lalang di situ, yang penting buangkan sifat malu untuk beribadah.

Pada waktu malam, kami menonton sebuah teater yang menggunakan teknologi pancutan air. Namanya ialah The Song of the Sea. Harga tiket S$10. Pada pukul 9 malam, kami baru bertolak pulang ke Johor.

Pengajaran:
Saya pada hari ini, tidaklah merapu banyak. Saya pun ingin bagi peringatan walaupun diri saya ini terlalu berkurangan dari segi ilmu. Ada sesuatu yang di sini bernilai tetapi di sana tiada nilai. Contohnya mata wang asing, jika kita berada di Malaysia dengan duit Dolar Singapura, duitnya tidak laku di sini walaupun berjuta dolar. Begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu kita perlu menukar mata wang. Begitu juga dalam konteks dunia dan akhirat. Di dunia, pahala memang tidak boleh dirasai pancaindera tetapi ‘duit dunia’ boleh dirasa. Jika hendak buat perumpamaan, pahala dikatakan sebagai ‘duit akhirat’. Bezanya dengan duit dunia ini ialah kita perlu berusaha dengan bekerja untuk mendapatkannya. ‘Duit akhirat’ pula boleh diusahakan dengan melakukan amal kebajikan. Di akhirat kelak, hanya ‘duit akhirat’ sahaja yang boleh menyelamatkan kita, tetapi ‘duit dunia’ tidak dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak walaupun nilainya berjuta ringgit. Walau bagaimanapun, ‘duit dunia’ tetap disoal. Jika guna ke arah kebaikan, selamat dunia dan akhirat.

Di Singapura pula, seperti mana yang saya nyatakan tadi, tujuannya adalah untuk melihat budaya mereka. Setibanya di sana, rakyat di sana umpama seperti mahasiswa. Mereka berjalan membawa buku walaupun bukan berada di universiti. Oleh sebab itulah, amalkan budaya membaca. Wahyu pertama menekankan kita supaya membaca agar dapat menuntut ilmu. Seperti Margaret Fuller menyatakan bahawa “today a reader, tommorow a leader”.

Sekian, jika tersalah kata, sila bagi komen, kerana diri saya ini masih kekurangan ilmu.

Rabu, 6 Januari 2010

Semester 2 telah lama bermula

Assalamualaikum....

Hajat untuk mengepos blog tidak kesampaian apabila ada perasaan malas.

Pos kali ini merupakan pos yang pertama kali dipos pada tahun 1431 Hijrah dan 2010 Masihi.

Saya ingin menceritakan kehidupan semester 2. Pada semester ini, kehidupan amat berbeza pada semester lepas. Pada semester lepas, subjek senang dan pensyarah yang kurang menekankan kami. Pada semester ini, jam kredit yang diperuntukkan adalah sebanyak 17 jam kredit. Antara subjek-subjek yang saya ambil ialah
  • English for Academic Communication
  • Pembelajaran Sains dan Matematik
  • Psikologi Pendidikan
  • Telekomunikasi dan Rangkaian
  • Kimia tidak Organik
  • Statistik I
  • Hubungan Etnik
  • Amali Kimia I
Jam kredit yang banyak menyebabkan waktu P&P semakin banyak. Apabila jam kredit banyak, sudah tentu subjeknya banyak. Apabila subjeknya banyaknya, tugasan-tugasan semakin banyak. Hal ini menyebabkan berlakunya tekanan.


Saya teringat kata-kata pensyarah TITAS saya, Ustaz Aminudin Ehsan, beliau semasa di alam pengajian di IPT, beliau pernah mengambil lebih 20 jam kredit. Apabila semakin banyak jam kredit, semakin matang dalam pengurusan masa. Ini baru masa studi, ini belum lagi mengalami kehidupan berkeluarga.

Sekian.....