Sabtu, 6 Jun 2009

Edisi Khas KMPP (1)

salam...

Post ini sepatutnya kena publish semasa sy belajar di (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang) KMPP. Tetapi, malangnya, disebabkan kesibukan dan kesusahan mencari internet. Walaupun internet ada, tetapi blogger kena block. Kalau nak publish post, kena pergi cybercafe. Bukan selalu bukak. Bak kata abang saya, 'main jual', lebih kurang buat permainan menjual...hahaha...

Sy lapor diri kat KMPP pada 12-Mei-2008. Pada masa tu, tak puas lagi cuti. Org lain, cuti sampai akhir bulan Jun. Program matrikulasi seisi 2008/2009 tamat pada 17 April 2009. Sekejap kan. Tak sampai setahun pun. Lepas habis matrik, baru sambung cuti. Cuti selepas matrik mcm sambungan dgn cuti lepas SPM. Program Matrikulasi hanyalah mimpi ngeri bagi sy. Tetapi, ada effect jugak dlm kehidupan. Macam cerita Doraemon: Pedang Awan (kalau x pernah dengar tajuk ni, sorry lah).

Nak tau KMPP terletak di mana? Mesti di Pulau Pinang, takkan letak kat Kedah. Nama jer Pulau Pinang kat belakang. KMPP terletak di Kepala Batas (sy panggil KB pasal nak mengubat kerinduan sy di Kota Bharu) ...

Sekian sahaja...

nantikan post yang seterusnya

Khamis, 4 Jun 2009

Gelagat Si Cilik

Cuba teka!!!


gambar anak saudara saya


Antara kedua-dua si cilik, yang mana satu lelaki, yang mana satu perempuan, yang mana satu perempuan...

Jeng-jeng





Jawapannya:
1 - Lelaki
2 - Perempuan

Ulasan:
1 - Mukanya seakan-akan perempuan... Kalau pakai baju kurung, memang sesuai... Walau bagaimanapun, sifatnya memang lelaki...

2 - Yang ni memang tak pandai respon terhadap kamera... Bila suruh senyum, dia posing mcm tak berapa sesuai...

Memang best kalau ada anak saudara... Tetapi, masalahnya, yang jaga anak saudara saya bukan ma saya, tetapi abang kakak saya... Nak buat camner, tanggungjawab diorang... Susah nak bersama...Maklumlah, saya kan anak bongsu

** Gambar ini diambil pada 19 Mei pada waktu maghrib. Gambar ini nampak kelakar bagi keluarga kami. Kakak saya sampai terkejut tengok gambar ni...Hahaha

Rancangan TV yang Saya Tonton Semasa Cuti

Ahad yang membosankan (bunyi macam dalam TV9). Tontonilah Perman....hahaha...

Takdelah....Sebenarnya, saya ingin berkongsi rancangan TV apa yang saya kerap tonton... biasalah, cuti, tak terlepas daripada dugaan televiyen...

Wonder Pets



[Semua] Wonder Pets, Wonder Pets kami datang
[Semua] Membantu anak haiwan yang kesusahan
[Ming-Ming, anak itik] Kami tak besar
[Tuck, anak kura-kura] Kami tak kuat
[Semua] Bila bekerjasama semua jadi mudah
[Semua] Yeah, Wonder Pets
[Semua] Yeah

Hahaha, begitulah nyanyian Wonder Pets... Kartun ini ditujukan untuk kanak-kanak... Mesejnya amat jelas dan berguna... iaitu kerjasama

apa yang penting?
kerjasama

Macam mana saya boleh minat kartun ni? Semasa cuti pertengahan semester 1 matrikulasi (Ogos 2008), saya pergi KL kat rumah abang saya. Saya duduk kat KL (padahal Rawang, sajer nak bunyi nampak glemer sikit) selama seminggu. Masa hujung minggu memang best, sebab abang saya selalu bawa saya berjalan-jalan. Tapi, kalau hari bekerja, memang membosankan...sebab abang saya kerja. Dalam keadaan terseksa kerana kebosanan, saya tonton cerita Wonder Pets secara tak langsung, saya tonton bersama dengan anak saudara yang setia dengan Wonder Pets... Dia siap menyanyi lagi... saya pun rasa kelakar tengok benda ni... lama-lama jadi minat.

P/S: Kepada kanak-kanak yang baca blog, jangan kecik hati yer... Bagi kami memang kelakar... Kalau bagi kanak-kanak, anda sedang belajar erti kerjasama... Kalau nak bandingkan dengan saya, darjah 4 baru kenal erti kerjasama (pasal dulu tahun 2000, Wonder Pets tak wujud).

Tontonlah Wonder Pets setiap hari pukul 2.00 petang di TV9

Kappa Mikey




Inilah cerita Kappa Mikey, seorang warga Amerika, datang ke Jepun bekerja sebagai pelakon dalam sebuah cerita aksi dipanggil sebagai LilyMu. Pada masa yang sama, dia mengejar populariti sebagai pelakon terkenal di Jepun...

Cerita ini dihasilkan oleh kebanyakan animator-animator dari negara Amerika Syarikat. Animasi yang mereka hasilkan menyamakan dengan animasi Jepun dengan corak-corak penyampaian seperti identiti Jepun. Namun begitu, cerita ini memaparkan banyak sifat-sifat hiperbola (perbandingan yang melampau).

Aksi yang saya sukar lupakan dalam cerita dan menyebabkan saya minat cerita ini ialah aksi kanak-kanak nakal memasukkan gajah dalam studio LilyMu. Kanak-kanak menjadi agresif disebabkan oleh terpengaruh dengan Kappa Mikey yang mengajar kanak-kanak menjadi ganas.

Bagaimanapun, cerita ini best dan amat melucukan...

Tontonlah Kappa Mikey setiap Isnin - Khamis jam 4 petang di TV9

Hagemaru
Kalau nak tengok, tengoklah



Inilah gelagat Hagemaru yang amat mencuit hati... Memang kelakar gila. Memang kreatif betul animator cerita ni. Hagemaru merupakan pelajar pintar kerana perangainya pelik. Latar belakang keluarga yang pelik dan kedekut serta terlalu berjimat menyebabkan cerita ini menjadi lucu.

AMARAN: Kepada kanak-kanak, jangan tiru aksi ni. Aksi ini amat tak masuk akal. Jalan cerita cuma untuk menjadikan sebuah cerita ini lucu...

Tontonlah cerita Hagemaru setiap hari pukul....ermmm ...entah...selalu ada

Ninja Boys

Teringat masa saya darjah 4 dulu (tahun 2000), cerita ini disiarkan di TV3 melalui rancangan KFC Hour. Cerita ini menceritakan tiga sekawan yang bernama Kirimaru, Rantaro dan Shinbe belajar di sekolah ninja untuk menjadi seorang ninja yang hebat. Ketiga-tiga pelajar ini juga memaparkan kisah-kisah yang lucu melalui misi mereka untuk menyelesaikan masalah disamping untuk menjadi ninja yang cekap dan tangkas.

Itu sahaja dari saya...

Kalau ada benda yang terbuku di hati saya, saya akan update post ini...

Sekian...

Rabu, 3 Jun 2009

Sedang Berkarya....

salam....

sudah lama sy x menulis blog...
ni disebabkan sy ni pemalas sikit nak mengarang....memang sy ni pemalas...x caye, tanya kawan sekelas sy masa sekolah Ahmad Maher dulu....boleh dikatakan, cikgu pun dah geram ngan sy....
jadi, yg dah berlalu, biarlah berlalu...yg penting sy hadapi masa sekarang...

baiklah, sy bukan nak ceritakan pasal sy ni pemalas....sy nak ceritakan hasil karya sy...

sy sekarang tengah sibuk (sibuk ker, asyik bukak facebook jer), sy sedang membuat "kajian" (menyedapkan perkataan) terhadap Macromedia Flash...


Baru seminggu dah 3 scene. Tension

Nak buat mp3 player....first time dah berjaya hasilkan mp3 player yg dpt play dgn baik
Hehehe...lagu Wonder Pets ada jugak....sajer test, sebab dia ringan....
takkan nak letak lagu Korea...berat

kena apply skrip jugak?!!! Sy ingatkan berlakon drama, filem saja yg pakai skrip...
Rupanya kena Flash kena skrip jugak...leceh tol...
dah la guna English yg agak sastera...


Model player yg bakal siap x lama lagi (boleh siap ker ngan sikap malas?)

Beginilah screen shot yg sy tunjuk td....bukannya senang nak buat mende ni....kadang-kadang, sampai naik tension ada....asyik salah skrip jer....
---> tension sy boleh diukur ngan spring balance

Kepada Muhd Noor Azlan (nama glemer : Lan) kerana memberi dorongan utk membina sebuah player yg gempak....kalau Lan boleh buat, takkan sy x leh buat. Kepada yg mengenali Lan...sila beri tepukan kpd Lan....tp bezanya, dia pakai SwishMax, sy pulak guna Macromedia Flash Professional....SwishMax lg senang, sebab tu la dpt buat jd gempak....sy guna Flash, macam duduk dlm periuk tekanan...

Setakat itu sahaja....

Sekian...